.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Saturday, April 23, 2011

Al-Fatihah

assalamualaikum...
hye semua...
dah lama aku tak berkata-kata di sini...
terlalu bz dengan final year project yang akan disubmit pada 25April nie..
then,presentation on the 27th April(birthday adik..hehehe)...

Tapi sebenarnya kat sini,aku nak berkongsi sesuatu dengan korang sume..
On the 20th April, jam 4pagi, aku dikejutkan dengan deringan telefon yang tak berhenti-henti...
time tue aku baru je dalam 30minit tidoq...

Tengok caller yang terpapar buat aku berdebar-debar...
takkanlah apa yang ibu mimpikan a day before jadi betul-betul...

"Along, Wak Nab dah takde..."

Aku tergamam,rasa macam bermimpi...but aku kena redha....Ini semua ketentuan Allah, yang hidup pasti akan mati...Allah lebih sayangkan Wak Nab...

Aku pun relax kejap, tak nak gopoh-gopoh...kena tenangkan diri dulu...
then, aku call ibu, call angah and call Awin inform pasal nie...
Ibu dah tahu lebih awal...
Angah terdiam selepas aku bagitau...
Awin pun sama....
Tapi yang buat aku tak tahan ,
bila Aman call and lepaskan kesedihan dia pada aku...
then air mata dah start mengalir...aku rasa macam aku bermimpi...aku pujuk hati aku untuk tidak meratapi....

Aku pun bersiap-siap ke Bukit Subang dan sesampainya aku di sana, aku jadi lagi berdebar-debar...
Inikah kenyataan yang harus aku terima?? Ya,ini adalah realiti...bukan fantasi atau imaginasi semata-mata..
Aku kuatkan diri melangkah ke dalam bilik...
Perasaan sayu menyelubungi diri...dan aku menangis lagi bila Kak Wana dan Kak Wem peluk aku...
"Along wak tidur tue...dari semalam wak tak tidur..."

Oh please, aku dah tak boleh nak tahan diri aku...aku lihat Wab Nab terbaring kaku di atas katil...Yup, it's real,Wak Nab dah takde...Wak Nab dah tinggalkan semua orang untuk selama-lamanya...Aku hadiahkan bacaan Yassin untuk Wak Nab

Arwah dikebumikan di Sg Behrang, sesampainya aku di sana,Awin pulak menangis peluk aku...
anak bongsu yang terlalu rindukan maknya...and I can't bear to see her like that...

Setelah Wak Nab siap dikafankan,aku cium Wak nab buat kali terakhir,
pasnie aku dah tak boleh jumpa dengan Wak...
Aku ingat lagi,seminggu sebelum wak masuk hospital,tiap-tiap malam aku gayut dengan wak..aku tak mampu nak lupakan cinta aku pada dia..we just talked like a friend....even apa yang telah terjadi,arwah tetap  tak salahkan aku...and she kept motivating me and asked me to concentrate on my study...

dan aku masih ingat bila aku melawat arwah di Bukit Subang, she still boleh bercerita itu dan ini dengan aku... 
and arwah selalu back up aku bila setiap kali berlaku pergaduhan mulut dengan dia...


Arwah and Awin (taken from FB Mirul)


"bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.



Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin."


That was the first time aku lihat mayat dimandikan,dikafankan dan dikebumikan
dan sebahagian dari bacaan talkin di atas buat aku tersedar bahawa Wak Nab memang telah pergi buat selama-lamanya"


Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dengan golongan yang beriman.Amin...Al-Fatihah...


“kullu nafsin za iqatul maut“

-Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -