.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Thursday, August 26, 2010

IFTAR

salam
apa khabar semua???

maaf sebab dah seminggu xupdate blog nie. masa tak mengizinkan aku untuk berceloteh panjang di sini..
hari nie,aku nak kongsi dengan korang cerita pasal iftar@berbuka puasa...

Ramadhan kali nie agak berlainan dari yang sebelumnya..kalau tahun lepas aku banyak berbuka dengan roommate,iza,yas and emon tapi sekarang masih lagi berbuka dengan roommates,sarah,hawa and wiena tapi aku still ada masa berbuka puasa dengan rakan-rakan,cousins and adik-adik tersayang...
So,kat sini apa yang aku nak tekankan adalah bersara dari MRC buatkan aku lebih banyak masa dengan orang-orang sekeliling and punya banyak masa juga pada pelajaran.
Tapi aku lebih suka keadaan yang sekarang,xde tekanan dari orang-orang yg xsepatutnya hadir dalam hidup aku..
Yelah,kalau kita tak berdepan dengan pelbagai ragam manusia macam mana kita nak belajar erti kehidupan kan??? (thanx for that !!!)

Last week,19th August 2010,aku berbuka puasa dengan teman-teman sekuliah..nie first time kitorang wat gathering mcm nie and sangat best,just bayar RM5 je sorang dengan makanan yang pelbagai...best sgt...and tahnx to insan yang murah hati m'sponsor juadah berbuka yang pelbagai pada hari itu...(banyak kot dia sponsor)...semoga Allah sentiasa murahkan rezeki untuk insan itu.Amin.
-ECE STUDENTS-

Then,hari Sabtu(2 Ogos 2010),aku dapat jemputan berbuka di rumah kak wana(my cousin).Tapi sebelum tue aku keluar dulu jalan-jalan dengan Mr K...plan asalnya memang nak shopping tapi entah macam mana hari tue kami berperang lagi coz ada je benda yang xkena kat mata aku nie..(entahlah..aku xboleh lagi nak lupakan apa yang dah berlaku sebelum nie)...mmg bukan salah dia tapi aku xsuka bos dia masuk campur dalam hubungan kami siap suruh dia pilih antara aku dengan perempuan tue..(nie yang wat aku bengang sebenarnya)..kenapa perlu memilih sedangkan dia xpunya apa-apa hubungan langsung dengan perempuan tue..Perkataan cinta,rindu,sayang pun dia xpernah sebut malah keluar pun xpernah dengan dia,dah jadi perasan sampai mcm tue..tapi bila aku fikir balik,kalau orang tue betul-betul sayang kita,dia akan sanggup buat apa sahaja untuk kita kan???Setelah keadaan dah reda and hati aku telah terpujuk kembali dan fikir segala baik buruk dan buat pertimbangan sewajarnya,kitorang pun g berbuka di rumah kak wana...
sampai sana mmmg semua dah siap..mcm2 ada...sedap2..and hari tue aku jumpa seorang mamat nie yang tersangatlah handsome..rajin plak tue dia kat dapur..suka sangat lelaki yang mcm tue tapi dia bersopan-santun sgt...hihihi(kalau Mr K baca nie,confirm dah kena marah nie...hihihihi)
-Balqis yang comel-
-My bro yang muka cute,Shahrul Faiz Fauziz-
-tercapai jugak hasrat untuk makan durian-
-my bro yang macho+sempoi,Solehan Firdaus Fauziz-


Then,hari Ahad(22Ogos 2010) aku pergi berbuka puasa dengan adik-adik tersayang...Gna,Tikah and Afifah...diorang nie mmg sangat baik and antara adik-adik yang aku sangat sayang...benda nie tak dirancang sebenarnya memandangkan aku sangat bz dengan kelas,exam,kuiz dan projek,tapi bila memikirkan aku dah lama xluangkan masa dengan diorang nie,so aku pun keluarlah berbuka dengan mereka di Restoran marina..makanan dia mmg best,sangat2 sedap dan juga murah =)
-kami tak pernah sengketa =) -
-afifah and me-
-Gna and Tikah-


Seterusnya,aku keluar lagi pada hari Selasa(isk...keluar je ye sekarang...tapi aku suka)...kali nie aku berbuka dengan Mr K dekat Restoran Deen..Mr K belanja..besar punya ikan siakap.....siap ada sotong celup tepung lagi...hihihi...aku nie memang pantang jumpa sotong celup tepung..my favourite..udang aku xboleh makan banyak2..ketam lagila..xboleh makan langsung dan pada hari tue..kami tak gaduh langsung pun...tenang je hati coz semuanya dah selesai..xde masalah lagi dan aku dapat hadiah baju raya hari tue...warna pink...mula2 nak warna purple tapi ibu dah tempah satu baju kurung moden warna purple..so,amikla warna pink..TQ Mr K...suka sangat =)
-besar dan sedap-
-sotong celup tepung,I like =) -
-dah xmau perang dah-

-thanx Mr K for this ♥♥♥-

Dan hari nie,aku bakal keluar berbuka puasa lagi dengan member-member aku(geng perempuan je ye...hihihi)
-senarai pendek menu yang akan diorder untuk berbuka puasa malam nie-


~GUNALAH MASA YANG ADA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA~
p/s:malam nie aku nak concentrate study untuk midterm antenna and microwave next week plus downloading cerita Epilog Syurga Cinta =)

Thursday, August 19, 2010

Our Story ^_^

salam
hari nie aku nak cerita pasal cerita kami..

Last Saturday, aku pulang ke Sg Behrang Slim River, my aunt's house...
dah lama sebenarnya aku xbalik Sg Behrang nie...so, untuk minggu pertama puasa..aku pun baliklah kampung...
(nak balik Kedah jauh sangat and kelas plak jumaat abih kui 5.30..xpela..sabarkan hati...balik ms time cuti raya je..huhuhu...)
yang bestnya, ni adalah kali pertama aku memandu dalam jarak yang agak jauh
(tapi still ada co-driver kat sebelah yang mulut macam jeneral burung murai...hehehe)
kalau kat kedah, confirm aku xboleh nak bawak jauh2 macam nie sebabnya ibu xharap..selalu gi hantar atin balik hostel pun dengan angah.

Ceritanya,aku pun xtau kenapa kami slalu sangat ada pergaduhan sejak akhir2 nie, dia kata aku banyak songeh and aku plak kata dia dah xberapa nak peduli pasal aku...
memang sepanjang perjalanan tue pun memang xberhenti gaduh mulut and aku ambil pendekatan untuk diam jek sampai la kami sampai kat Tg Malim...
Hari Sabtu=Pasar Malam 
lama dah xg pasar malam kat Tg Malim nie..hihihi..syok2...
so,dengan sendirinya without saying sorry,kedua-dua belah pihak telah berbaik semula.... 
(itulah kami)

-Felda Sg Behrang-

Adalah lebih kurang 5minit lagi nak sampai umah,tiba-tiba handphone aku vibrate...
"korang kat mana ni??"
Si dia dah buat isyarat jangan bagitau kat mana maka aku kata, 
"kat KL lagi ar,kak wana...Aman ada keje...kitorang xsure lagi boleh balik ke tak??"
(time nie mmg tahan gelak n berlakon abihla)...
"korang nie jangan nak menipu ye,tadi kak wana dah kena luku kepala ngan mak coz kata xbalik nanti korang,dua-dua kena tarik telinga kot"....

"betul ar, kak wana,xtipu"...(bohong sunat..hihihi)..
sejurus selepas itu..kami pun ampai..and hadiah pertama yang kami dapat pastinya kena tarik telinga ngan kak wana coz menipu...hehehe...

kami sampai memang semua dah siap,tunggu nak buka puasa jek...hehe..lauk xyah nak cakap ar..macam-macam ada..satay,pecal,karipap,ayam goreng,laksa,ulam-ulaman(petai tue mmg wajib ada..tapi aku xmakan..hihihi) dan lain-lain lagi...
-macam-macam ada-
 -cantik je kak ida susun makanan-makanan nie..macam keretapi-

tapi..yang xbestnya balik kali nie,hati aku terluka dengan dia..sangat2..dia wat aku frustrated sangat2...
'1new message' from '''pakku, "puasa ke tak hari ni"...hurm..pelik...selalunya kalau ada tanda ''' tue orang-orang pekida tapi orang pekida xantaq msg yang sopan-sopan mcm nie..aku pun call balik and macam nak luruh jantung, 'SUARA PEREMPUAN' ..time nie tahan je..tapi yang bestnya aku sikit pun xrasa nak marah yang teramat atau pape..cuma menggeletar tue mmg pasti (maybe nie berkat kelebihan berpuasa)..setelah ditemu ramah dan disoal sselidik dengan perempuan tue, dia kata dia yang mintak no mamat nie,bukan mamat nie yang mulakan dulu,so,kat situ dah lega sikit..tapi hati nie still xboleh terima coz sapa suruh layan kan???

aku tunggu je dia sampai dia bangun,sebelum tue aku dah citer kat kak wana apa yang dah jadi..(that's me..aku xboleh simpan apa yang aku xmampu handle..need somebody to lend her ears)...aku kecewa sangat,selepas aku dah wat make over kat dia and makes him look different,ada plak perempuan lain yang sangkut..that's make me really mad....tapi still tahan lagi..

bila dia bangun terus aku perli2...and apa yang dia buat just senyum je..buat hati nie lagi panas jek..sabar2...aku kat umah makcik aku lagi..xboleh nak berperang lagi nie..
-sudah 6tahun dia di hati aku ♥♥♥-
then on the way balik ke KL..mmg aku serang habis-habisan....dia mengaku salah dia tapi bukan dia yang mulakan...kerani kat ofis bagi no dia kat perempuan tue..dia cakap..perempuan macam tue stok suka-suka bolehlah..nak dijadikan teman hidup..sapa pun xnak..lelaki..huish..entahlah..aku dah malas nak meletakkan kepercayaan di situ..penat...memang hari tue aku sangat2 tension..rasa diduakan walaupun hakikat sebenarnya dia kata tidak...sampai boleh berkejaran dalam hujan gak ar..hihihi...tapi rasional yang aku nampak di situ,dia kejar aku and tinggalkan kereta macam tue je kat tepi jalan tanpa berkunci (laptop ada dalam kereta time tue)..semata-mata nak kejar and cari aku balik..(mcm budak kecik kan aku nie..mmg pun ^_^)..bila aku tanya dia napa xkunci kereta,dia cakap,time tue dah xboleh fikir apa lagi dah, hilang laptop boleh beli lain tapi hilang aku,mana nak cari ganti =(

dan memang hari tue aku mengugut dia.."kalau xmau saya bagi green light dekat ibu,jgn cuba nak cari pasal lagi"...dia kata,"janganla,awak...jangan buat mcm tue" dan sekarang nie,Alhamdulillah,dia dah kembali jadi seperti dulu balik abang,teman,kekasih dan bakal teman hidup aku (InsyaAllah)

so,kesimpulan dari cerita yang panjang lebar nie,untuk semua perempuan di luar sana, janganlah terlalu menunjukkan diri tue desperate,selidik dulu latar belakang orang tue,dia dah ada teman ke belum sebelum kita nak mintak no hp dia,xpayahlah main redah jek dan kepada para lelaki pulak,tolonglah berlaku jujur dan berterus terang pada insan yang berlainan jenis dengan anda,andainya diri anda sudah ada teman.Tak rugi pun kalau setiap manusia kat muka Bumi Allah nie,berlaku jujur antara satu sama lain,maka akan aman damailah Bumi Allah ini..

-Bilakah Epilog Syurga Cinta kami???-


~CERITA KAMI PENUH DENGAN SUKA DUKA....
TAPI KAMI MASIH LAGI KEKAL SETIA WALAUPUN ADA SAHAJA UJIAN YANG DATANG UNTUK PISAHKAN KAMI~

p/s: aku sahaja cerita kisah kami agar korang semua xalami apa yang telah aku alami....apabila kita sayang seseorang maka dengan sendirinya perasaan cemburu tue akan ada,tapi cemburu biar pada tempatnya..moga Allah satukan kami jua akhirnya dalam suatu ikatan yang dinamakan perkahwinan..impian besar kami =)

Saturday, August 14, 2010

aku rindu embah,tokwan dan tok!!!

salam 'alaik...
hurm..bulan pose mcm nie aku tersangat2 rasa something
(bukan time bulan pose nie je..tapi selalu...)
tetiba je aku t'sangat rindu pada 3 insan nie...sape dia???

EMBAH
TOKWAN 
TOK

sedih 
(dah la kat bilik sorang2 nie..confirm lepas nie nangis..huhu)

yela..aku dah xde grandparents..3orang nie sangat penting dalam hidup aku...aku xpernah lupa diorang walaupun sikit...rindu sangat..I want them back but ALLAH loves them more =(

EMBAH-hurm...orang yang sangat sayang aku...dari aku kecik lagi...beliau jaga aku since aku dalam kandungan sampailah aku dilahirkan...setahun jugaklah embah jaga aku dari kecik..ibu selalu cerita masa aku dalam kandungan embah yang selalu gosok perut ibu..untuk bercerita dengan aku..and sampai aku dilahirkan embah still jaga aku....dan aku ingat lagi,setiap kali aku nak exam,aku mesti akan call embah,mintak dia doakan untuk aku...and apa yang embah selalu kata 
"Embah selalu doakan untuk kejayaan along setiap kali dalam solat dan embah tahu along boleh buat" 
(tapi dalam slang jawa la ye embah aku cakap..aku manala pandai nak cakap jawa..bak kata cousin aku,abg madi,aku nie jawa murtad..hehehe)
..aku memang sangat rindu embah aku....sangat2...dah lima tahun arwah tinggalkan aku...dan sebelum dia meninggal..dia ada bagi duit kat ibu and mintak bagi kat aku...tapi ibu aku dah sangat faham kalau duit tue dapat kat aku,confirm habis,so dia bagi dalam bentuk barang and barang tue still ada dengan aku..aku akan simpan sampai bila2 coz itu akan buat aku rasa embah dekat dengan aku..she was a great woman....even dia xsihat..she still performed her solah,read Holy Quran..apa yang dia buat mmg memenuhi tujuan manusia dijadikan. Allah S.W.T telah berfirman "Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku".

TOK-nie nenek sebelah ayah..orangnya tak banyak cakap..aku jarang sembang lama2 ngan tok aku nie coz dia bukan jenis yang banyak cakap,aku nie plak memang sangat banyak cakap..tapi satu kenangan aku dengan arwah nie,memang aku xkan lupa...nie ayah yang selalu cerita sambil gelak2kan aku..ceritanya begini..."suatu malam di Kg Alor Nan,time nie ibu and ayah aku xdak kat kampung coz g ceramah and time tue tok aku jadi baby-sitter aku,maka..aku nie yang sangat terkenal wat konsert free..telah menggemparkan keadaan malam itu..yela..aku dah start melalak...aku memang macam tue kecik2..xboleh tinggal tempat tido aku..(sampai sekarang pun masih jugak sama....hihihi)...kalau nak tidurkan aku dulu kecik2 kalau memang bukan ditempat tidur aku,maka,kena bawak round dulu..pasang aircond kereta..bila dah tidur,angkat perlahan-lahan masuk dalam rumah..kalau x..jawabnya aku akan melalak jek...
so,time tue maybe tok dah panik and xtau nak wat mcm mana..so,tok pun ambikla segala besen2..yang ada dalam rumah dan start wat music background kat aku...hahaha...kecoh giler..sekembalinya ayah&ibu dari surau,terkejut dengaq bunyi bising yang pelbagai atau dlam erti kata lain NOISE which is unwanted signal...
(hihihi...xsia2 jadi student engineering communication..hehehe)
...ayah aku boleh gelak besaq time tue bila tengok tok aku dah start jadi musician xbertauliah...haha..and sampai sekarang ayah still guna bahan nie nak gelakkan aku...tapi yang pastinya aku akan sentiasa rindu tok coz setiap kali aku balik kampung,aku nampak riak wajah ayah lain..I know he misses his mom very much....sebab tue aku nak orang yang bakal jadi suami aku tue, orang yang punya perangai sama dengan ayah,tanggungjawab anak lelaki, dahulukan ibunya...
(air mata dah banyak yang keluar ni...sob..sob..)

TOKWAN- lastly, tokwan...tokwan pergi meninggalkan kami semua selepas Aidiladha yang lalu...aku memang agak kamceng ngan tokwan aku nie..coz aku suka ajuk balik apa yang dia cakap..biasala kan..orang tua memang cakap pelik sikit "buah epon"..hihihi..setiap kali nampak apple mesti aku akn gelak sebab tokwan suka sebut macam tue..dan yang pastinya setiap kali balik kampung walaupun bukan time raya,mesti akan dapat duit..
yela..boleh wat beli topup kot...hihihi..sampai adalah pernah jugak makcik aku bengang coz tiap kali kitorang adik beradik balik kampung mesti dapat duit saguhati yang banyak...orang yang paling banyak kenangan ngan tokwan aku nie,pastinya ibu aku..ibu aku nie boleh dikatakan jugak menantu kesayangan...semua benda dia ngadu kat ibu..dia gaduh&merajuk ngan anak2 dia,memang ibulah orang first yang dia akn gtau..and aku jugak xpernah lupa yang tokwan sanggup hantaq pisang,ulam2,daun pandan ke rumah tiap2 minggu ke rumah..kat anak-anak lain dia xdakla wat mcm nie..dan tokwan jugaklah yang ajaq aku bawak motor...hehehe...aku sebenarnya sangat terkilan coz tokwan pergi tanpa sempat aku bagi dia rasa kesenangan aku..aku pernah janji dengan tokwan aku nak bawak tokwan gi bercuti bila aku dah senang & berkerjaya tapi aku xdapat tunaikan janji aku tue..huhuhu..dan satu pesan tokwan kat aku yang aku masih ingat
"fairuz,nanti bila hang nak kawin,xpayah bertunang lama-lama,tunang sat,nikah terus" 
...hahaha..time nie tokwan pesan mas cousin aku bertunang..setahun plak tue..tue yang dia kuarkan statement tersebut kat aku..hihihi

-ibu gelakkan tokwan coz senyum sejemput..hehe-
-I really miss him-


dan pastinya aku sangat merindui tiga insan ini,Syawal nanti aku dh xpunya grandparents lagi..sedih..xboleh beli baju melayu kat tokwan macam selalu dah..sampai sekarang aku sangat terkilan,coz aku xsempat menatap wajah ketiga-tiga insan yang aku sayangi nie buat kali terakhir..sedih korang..tapi wajah2 mereka xpernah luput dari ingatan aku sampai bila-bila...semoga ALLAH sentiasa mencucuri rahmat-NYA buat mereka dan tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman...amin

~YOU'RE ALWAYS IN MY HEART EMBAH,TOK AND TOKWAN♥♥♥~

P/S:korang mesti perasan xdak citer psal embah lanang(datuk sebelah ibu)
kan..sebabnya aku xpernah langsung jumpa beliau coz he passed away masa ibu aku belum kahwin lagi tapi yang pastinya aku tau,beliau mesti seorang yang sangat terbaik.. semoga ALLAH sentiasa mencucuri rahmat-NYA ke atasnya dan tempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman...amin



Bila K.A.M.I kebosanan

salam
hye semua..arini disebabkan aku sunyi kat bilik sorang2 maka aku nk share pasal kisah aku di kelas
kejadian nie terjadi masa hari pertama berpuasa..
Tanggal 11/8/2010,kelas ku bermula seawal pukul 8.30pagi
(bukan time nie je kui 8.30..tiap2 hari 8.30 pagi sebenarnya except for Friday..hihihi)
1st class, 'Optical Communications'...
time nie aku ok lagi..xlah mengantuk sgt...lagipun kelas nie aku xberani nak wat aktiviti2 yg diluar pembelajaran...hehehe..sekali Dr. K tanya soalan kat aku..mampus aku nk jawab..sure akan celik terus sepanjang kelas...hahahahaha...
Kemudian,10 pagi, kelas 'Antenna, waves and propagation'..30 minit yang pertama...ok jek...setalah itu..mata nie macam rasa ada gam jek..sampai Saidatul kat sebelah cucuk aku ngan pen..hehehe..
tue sekejap je...then tersengguk lagi...
dan tiba-tiba...jeng..jeng..jeng...
keluarlah CRAYON HIKMAT...
masa mula2 tue aku xboleh tangkap lagi apa la yang saidatul nak wat ngan crayon nie..
maka setelah kertas dikeluarkan..terjadilah...
^_^
-garfield ada,rumah ada,heart broken ada,rama-rama ada,bunga pun ada-
-11th August 2010,10.50 a.m-
-antenna class...hihihi..*sorry Dr.R...perangai xmacam budak final year lagsung..hehehe-
-nie saidatul lukis dkt buku nota antennanya-

-ini adalah insan-insan yang terlibat untuk karya di atas-
dan pada hari Jumaat,13/8/2010 aku dapat menjangkakan sekali lagi kami akan kebosanan dan akan dilanda kemengantukan yang teramat sangat dalam kelas 'Telecommunications Systems'.
(kelas dari 2.30 sampai 5.30 tapi hari nie Dr F bagi balik awai..hehehe)
(isk2..giler betul la aku nie...nie subjek core yg mmg sgt kena mengena ngan career yang akn aku pilih untuk masa depan..hihihi)
korang nak tahu apa yang kami lakukan????

Chietah Ghaza- matanya sangat merah dan dah mula bersetuju dengan semua benda yang Dr F cakapkan =)

Umi Mohd Zawawi-sudah melakukan gerak gaya yang pelbagai

Nadiatul Hussin- sangat khusyuk menulis dan mendengar apa yang Dr F  terangkan 
 (atul mmg bagus giler...hihihi)

Saidatul Izyanie- aku xsure apa yang dia wat coz dia dok belakang aku tapi bila kalih belakang aku dah nampak dia lukis bunga dalam buku nota

&

Norsyaidatul Fairuz Fauziz- dengan selambanya membaca novel "Untuk Awak Teja Aulia"


hahahahaha...so,korang bayangkanlah sendiri gaya dan cara kami ketika di kelas macam mana...

apela nak jadi kan...dah final year dah pun..aduss...

tapi satu je yg korang perlu tahu...
walaupun kami mcm nie dlm kelas..
kami xpernah wat main2 bila nk kuiz atau exam...
masing2 akan serius dengan study masing2....
sebabnya????
kami semua ada cita-cita dan impian masing-masing yang perlu kami capai..
dalam kita belajar ada kalanya kita serius ada kalanya kita perlu jugak main2..
(24/7 serius...masam lah hidup ceq oi...hehehe)
moga sem nie,nama kelima-lima insan-insan ini akan naik atas papan =)
INSYAALLAH

~GOOD LUCK MY DEAR FRIENDS~

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kareem

salam
apa khabar semua??? harap korang sihatlah ye..
masih lagi belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua ye...
Ramadhan datang lagi...hurm...bulan yang penuh keberkatan...
Bila Ramadhan datang lagi teringat peristiwa2 berpuasa di waktu kecik..(heheheehe...)
hurm..pose time kecik2..best sgt..yela..masa tue dapat upah sehari RM1,so,maknanya 30hari RM30 ar aku dapat..hehehe
jadi,time kecik2 lu mmg cukup excited bila time pose..tapi time bgn sahur punya la payah ..

sama gak mcm sekarang..tetap payah nk bangun sahur...adusss..mcm mana la kalau dah kahwin nantikan..mesti laki aku yg kn bangun masak...hehehe...uiks...harap2nya xgitula..aku masih belum mahu berkahwin ye..cita2 dan impian aku banyak lagi yang belum terlaksana..maka,kawan2 sekalian xpayahlah lagi bertanya bila aku akan kahwin..nanti dah sampai masa...aku bagi kad sorang satu...kalau xcukup aku tag je korang kat facebook...hohoho...

tapi...hari nie,aku kat bilik keseorangan, roommates aku semua balik berbuka kat rumah...sedih2...
kalaulah UIA kat sebelah rumah kan best..confirm time nie aku xsorang2...huhuhu...sedih...
papepun...moga Ramadhan kali nie memberi seribu keberkatan untuk korang semua...
semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna dari yang sebelumnya =)
dan ini,ada sisipan sikit yang aku nak share dengan korang semua..renung2kan dan selamat beramal(lebih2 lagi untuk diri ini..hihihi)
(dari halaqah.net ^_^

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."   

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

~SELAMAT BERPUASA~

p/s: pada sesiapa yang nk berdiet tue,bulan puasa nie la yang terbaik untuk korang amalkan diet korang & Alhamdulillah aku rasa badan aku ringan sikit,makan dah xbyk..hehehe

Thursday, August 5, 2010

~MEMORIES ♥HAFSAH~

salam
hye semua..
maaf sebab xdapat nak update blog tiap2 ari mcm dulu...
minggu nie aku terlalu sibuk dengan kelas,kuiz,exam dan projek..

tapi..nie pun curi2 masa untuk update blog sebab dah penat tengok nota Telco(xsedaq2 diri ar Ms fairuz nie..midterm sabtu ni kot..hehe)

hari nie aku nk kongsi ngan korang trip yg aku gi Sabtu lepas..
nie program Mahallah Hafsah sebagai meraikan insan-insan yg telah banyak bertungkus lumus dalam menjayakan program2 hafsah...

kali nie kitorang xjalan jauh,kalau tahun lepas kami ke Melaka, tahun ini just ke Selayang and Kuala Selangor je nie gara2 nak save budget untuk provide curtain untuk semua residen Hafsah (tgk kawan2...siapa kata MRC xpk pasal residen???)
Sepatutnya UIA yg patut provide langsir untuk semua bilik tapi faham2 jela kan,prosedur terlalu banyak jadi untuk memudahkan kerja,kami sanggup berkorban untuk kepentingan semua..TQ sisters atas pengorbanan kalian ini =)


Kami bertolak ke Sg Kanching jam 10 pagi...untuk apa ya???
pastinya untuk berkelah dan merehatkan minda untuk seketika..
mula-mula memang aku niat xmau mandi sebab pada malam sebelum bertolak,aku dah start demam dan selsema tapi sesampainya aku di Sg Kanching,uiks..xtahan aku tgk air terjun..

-tgk air tejun ni,buat aku xtahan-

yela kan,minggu sebelum tue xdapat mandi kat tempat air terjun so xkan aku nak lepaskan peluang keemasan nie...hehehe
best sangat dapat mandi air terjun..macam badan & kepala diurut je...

-best-
-hilang demam dan selsema-

-peace-

tapi yang xsyoknya kat sini adalah monyet yang terlalu banyak berkeliaran...
cik nyet nie sikit pun xtakut ngan orang tapi buat org takut ngan dia ade ar...hihihihi

then,sampai ar masa untuk kitorang bertolak ke Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor...
sesampainya kami di sana...terdiam seketika aku tgk tempat tue...mmg best...tepi laut kot....mmg sgt best =)

-me & gna-
kena plak time sampai tue,angin tengah best je...layan ar kitorang time tue...
and mmg betul-betul grand dinner ar..dengan hidangan yang pelbagai and satu yang aku nak cakap...SEDAP...sgt2..so,korang jangan lupa b'kunjung ke tempat tue tau untuk sama2 rasai apa yang aku rasakan...harga dia plak mmg sangat murah..so jangan lupa bawak famili korang ke situ untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..memang xkan lebih seratus pun untuk empat lima orang makan
-sesampainya lauk-lauk nie..terus snap gambar-
-sedap-


Sebenarnya hari tue, aku rasa sangat sebak bila aku pandang muka semua orang..sebab aku sangat sayang akan mereka semua..sayang seorang kakak buat adik-adiknya..pengalaman bekerja bersama,gelak tawa bersama,menangis,terasa dan macam-macam lagi..hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tue =(

Part yang paling best bila main tukar2 hadiah,aku memang ar dah tau nak kena bagi hadiah kat siapa tapi aku xtau siapa plak yang akan bagi hadiah kat aku...hehehe
(apela Fairuz nie,kalau org gtau xrahsia ar namanya...hahaha)
"Orang tue,bertudung hitam,baju jalur2 putih!!!"......"Kak Ruz"...what???? korang nak tau sape yg kena bagi hadiah kat aku??? rupa-rupanya Miss Chandni Gna..serius aku xboleh agak sape...dahlah aku ngan dia mmg sgt2 kamceng,dok sebelah plak tue masa dinner . Patutlah bila aku tanya dia kena bagi hadiah kat sapa dia xmau cakap,puas pujuk xmau cakap gak sape orang tue kat aku..yela..mana aci..aku gtau kat dia aku kena bagi hadiah kat sape...tapi dia xmau abaq,rupa-rupanya aku...hahahaha...memang best ar... and Gna sememangnya adik terbaik yg pernah aku jumpa...sayang Gna♥♥..TQ for the red clock..sgt comel..mcm tuan yang berikan jugak..hehehe...

-memang tak disangka-

Tak lupa juga, congratz untuk Muz yang akhirnya berjaya mengendalikan program nie walaupun ada masalah2 yang timbul tapi satu sahaja pesanan akak untuk adik2 semua dan juga diri ini,
" dalam bekerja kena professional, cuba faham situasi orang lain dalam melakukan kerja dan tolong jaga hati orang lain walaupun dia pernah buat kerja yg xmemuaskan hati kita,kalau kita pun bertindak macam tue, kita pun sama jugak mcm dia..so,be professional and rational in whatever u do"

untuk principal hafsah,Madam Che Amnah,fellows,
;kak fida,kak ayunita,kak farizah,mdm putri,kak hilda and kak raudhah,juga xlupa kak ayu and kak ain,terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan untuk aku mengetuai barisan kepimpinan,kalian adalah insan-insan terbaik pernah aku jumpa..terima kasih untuk segala tunjuk ajar,idea,nasihat serta dorongan yang telah diberikan...tanpa kalian,aku mungkin xmampu untuk memikul amanah ini..terima kasih untuk segala-galanya dan xlupa juga TQ buat wani,gna,syiqin,muz,beton,not,nad,tikah,yun,yas,dayah&huda kerana telah menceriakan hari-hari akak dan menjadi rakan kerja terbaik..kenangan bersama kalian akan tersemat kemas dalam lipatan hati ini...♥♥♥
untuk semua residen HAFSAH,terima kasih kerana telah menerima diri yang tidak seberapa ini..terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.. =)

~ I LOVE HAFSAH ♥♥♥♥ ~