macam2 perkara pahit manis yang telah berlaku..tapi banyak lagi pahit dari manis rasanya..hehe
tapi xpe..hidup kita kena ada pahit,manis,masam dan masin barulah cukup rencah orang kata
yang manis pastinya pada 9Januari...
I got lovely present,cake and roses from him =)
and I hope,I still get them for the next year but atas tiket seorang adik lah ye
Tinggal Kenangan
dan pastinya 2010 jugak buat aku tersenyum bangga bila aku berjaya dalam study..apa yang aku hajatkan menjadi kenyataan and I also got professional certicate of EC Council network Security Administrator v3...
Cert tue sebagai back up untuk career aku nanti..InsyaAllah...
memang benar,Allah datangkan ujian kepada kita untuk uji sejauh mana kita mampu bertahan dalam hidup ini..dan sejauh mana kita nak teruskan langkah dalam kehidupan ini..
dan Alhamdulillah,aku masih lagi boleh mengatur langkah dengan baik..Alhamdulillah =)
bagi aku,kepahitan yang aku alami,mengorbankan cinta yang sekian lama memang memedihkan tapi aku tak perlu untuk terus meratapi kerana aku ada cita-cita yang ingin aku capai...
biarlah kenangan pahit itu menjadi suatu memori paling indah dalam hidup ini..tak usah dikesali apa yang telah terjadi kerana semua itu adalah ketentuan dari Allah. Kalau diri kita meletakkan sesuatu yang terjadi itu sebagai positif,maka semuanya akan baik-baik belaka =)
Dan untuk 2011...
Azam tahun baru nie =)
Pertama,I will be graduated in May 2011(after finishing my FYP)...InsyaAllah
and convocation will be on the 8th-10th October 2011...hoooray =)
dan pastinya aku nak graduate dengan cemerlangnyer..
and Alhamdulillah,sekarang aku masih lagi dalam track yang betul...
buat apa kita belajar kalau sekadar untuk dapat cukup makan and itu bukan aku..
aku selalu jadi tamak kalau dalam belajar tapi itu bagus...
kita tamak dalam menuntut ilmu adalah sangat bagus kerana ketamakkan kita itu,
akhirnya akan menguntungkan diri kita sendiri dan pastinya akan memberi sumbangan kepada orang lain juga =)
Keduanya,aku tetap nak sambung belajar lagi dan sekarang dalam proses cari tempat untuk sambung ke peringkat Master in Telecommunication Engineering..aku tak sure sama ada nak buat part time or full time for master...tapi hajat di hati nak buat part time je sebab aku nak rasa mcm mana rasanya menjadi pekerja sepenuh masa...hihihi..but everything depends on apa yang aku dapat nanti
and I hope in 2012,aku dah memperoleh Sarjana Kejuruteraan Telekomunikasi =)
Ketiga,aku nak memiliki kereta sendiri di tahun 2011. Myvi pastinya menjadi pilihan hati..sebab dah selalu sangat naik Myvi ngan 'Click 5' walaupun ayah tak bape nak gemar Myvi nie sebab ayah kata macam kereta Hj Bakhil...hehehe =)
Keempat,aku berazam untuk bawa my family(ayah,ibu,angah,faiz,atin and adik) gi bercuti dengan duit aku sendiri....lokasinya...pastinya Pulau Redang sebab aku dah lama teringin nak pi situ sebab warna lautnya yang sangat cantik...hehehe
Kelima,aku nak memiliki Iphone and DSLR yang aku beli dengan duit aku sendiri..
sebab aku nie giler benda-benda yang mcm nie
tapi disebabkan aku masih bergelar student and tak mampu lagi,maka aku tak bolehlah memiliki semua tue sekarang..tapi nie kena gaji besar nie kalau nak semua benda nie =)....hehehe..
takpe2...usaha tangga kejayaan
Dan yang terakhirnya,aku harap di tahun 2011, hubungan kekeluargaan yang dah kucar-kacir nie akan dapat bertaut mesra balik macam dulu-dulu...
aku tak nak ada dendam dan saling meyalahkan dengan apa yang dah terjadi..and aku sendiri yang akan usahakan..walaupun aku rasa dua-dua pihak ada batu juga dalam kepala...hehehe...
kena ada sorang yang mulakan dulu.. baru semuanya akan jadi normal kembali..
dan pastinya,aku lebih suka begini, hanya atas dasar seorang kawan dan adik...
no heart feeling...no cinta-cinta...sayang tue adelah jugak...sebab aku memang sayang semua kawan-kawan aku walaupun aku tak pernah cakap kat UMI,ATUL,SAED and CHIETAH, yang aku sayang diorang sangat-sangat
dan pastinya si dia pun aku tetap sayang sampai bila-bila sebab dia jugak kawan and abang aku =)
Rasanya,dah terlalu banyak aku berceloteh di sini dan aku harapkan di tahun 2011 ini,bakal melakarkan sejarah yang jauh lebih indah dari apa yang telah aku kecapi di tahun 2010
SELAMAT TAHUN BARU
p/s: korang jangan lupa tau,tarikh tutup contest "KENAPA DIRI AKU BERTUAH" sampai 11.59 mlm ini sahaja
and lagu nie dia nyanyikan untuk aku pada 24 Disember yang lalu...
It was a sweet memory for me walaupun ia memedihkan=)
rasanya sudah terlalu lama aku tak menulis di laman bisu ini..
dan hari ini..aku menulis lagi..menulis kisah cinta kami untuk kali yang terakhir..mungkin..
officially,on the 23rd December 2010,the relationship came to the end..
he was no longer my Mr right...
it made me feel very hard...
susah nak melupakan si dia yang dah lama yg jadi sebahagian dari hidup aku...
si dia yang sentiasa menyuntik semangat dan kekuatan..
dia yang tak jemu-jemu memotivasi..
dia yang pada dasarnya tak punya apa-apa di mata orang lain
tapi dia punya segalanya di mata aku..
pedih..sakit..
semua ada
dan...
24 Disember,Tasik Titiwangsa menjadi saksi segala-galanya...
pengakuan berani mati yang dia luahkan..
jatuh ego seorang lelaki bilamana air mata mengalir di pipi walaupun berselindung di balik kanta hitamnya saat melafazkan...
"saya merelakan apa yang terjadi...
mungkin semua ini ada hikmahnya"
dan egoku akhirnya jatuh jua bila melihat dia sangat tenang..
merelakan perpisahan ini terjadi..
"Nak saya tetap jadi orang yang pertama setiap kali 9Januari untuk wish birthday awak???"
oh..it really hurt..menusuk..sangat2..
kami rela berkorban untuk kepentingan semua..
biar ada pihak yang bertepuk tangan walaupun luka ini sangat dalam menusuk kalbu..
kami pasrah dengan ketentuan Ilahi...
terima kasih untuk semua yang sentiasa mendoakan kami..
benarlah,Jodoh itu rahsia Allah..
terima kasih buat teman-teman yang memahami dan sentiasa memberikan sokongan
terima kasih buat angah dan atin yang sentiasa memberi kata-kata motivasi..
terima kasih juga buat insan-insan yang menyalahkan diri ini..
terima kasih buat segala-galanya..
sesungguhnya,kisah cinta kami tak semudah kisah cinta anda..
Dia masih lagi bergelar teman..my best friend forever dan pastinya permintaanya,
"saya tetap nak jadi pelindung awak dan biarlah saya bergelar abang yang masih lagi boleh melihat,merasai dan berkongsi kesusahan dan kegembiraan adiknya semoga adik ini akan buat semua orang bangga dengannya "
ok..arini terasa sangatlah bosan..dah macam-macam movies yang aku tengok tapi tak hilang jugak kebosanan ku ini..
tiba-tiba aku teringat pasal ustaz kecik..
siapa itu ustaz kecik???
ustaz kecik = MOHD SAFUAN FAWWAZ FAUZIZ
my youngest brother..tapi angah panggil dia ustaz gemuk...hehehe
Sangat suka makan..bagi makan apa pun confirm habis
Mari kita kenali ustaz kecik nie dengan lebih dekat...
Beliau lahir pada tahun 1999,27 April di Alor Setar Kedah...
Sangat aktif dan tak pernah malu bila ada sebarang contest pun...
kira dia nie main aci redah je..
Aku sangat suka dengan dagu dia yang terbelah tue =)
kalau tak silap aku dah dua tahun berturut-turut dia masuk pertandingan azan mewakili sekolah tapi apakan daya tak bernasib baik..(suara tak cukup merdu lagi ye,adik..hehehe) still tak boleh challenge Faiz yang dah berjaya menang masa masuk pertandingan kat sekolah dia dulu(suara Faiz sedap tau)...hehehe
dia budak yang bijak tapi Ya Allah,malas nak mampus...
tak reti langsung nak berdikari..
semua baju seluar dia nak kena orang yang tolong carikan..bagi kat dia..if tak..sampai ke sudahlah dia akan pakai kain batik...
korang jangan silap baca..kain batik ye..bukan kain pelikat...
ni yang wat aku tak faham sangat ngan adik aku nie..
bak kata ibu " adik nie suka sangat pakai kain batik tapi si along ngan kakak(atin) tak pernah sekali pun nak pakai kain batik"
Bila Fawwaz teringin nak pakai tudung =)
satu kualiti yang aku suka dengan adik aku nie,dia tak pernah kenal erti putus asa...
setiap kali ada pertandingan or contest pape dia mmg akan terjah je..
menang ke kalah ke..dia tak kisah pun
tapi selalunya dia berjaya..
and macam-macam jugaklah hadiah yang dia bawak balik kat rumah tue..
Memang sangat suka posing
dia memang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi,prefect sekolah nie..
jangan wat main-main..
aku and angah gelarkan dia pengawas skema sebab dia strict sangat..
Agak famous di sekolah kerana keberanian dia tangkap budak senior 'pow" budak junior..tak silap masa tue dia darjah 4..budak senior tue darjah 6... Jiran aku yang satu sekolah ngan dia cerita kat atin pasal nie..wah..SYABAS,adik =)
dan dia tak pernah nak malu bila dipanggil ke pentas untuk baca doa atau pape jela
Banyak secret admirer kat sekolah,sampai ada yang tangkap gambar dia senyap-senyap and letak kat FB...
(yang nie kantoi ngan aku sebab masa dia tengah online aku pun curikcurik tengok..hehehe)
isk..macam2..betul ar...
Pengawas yang skema
Dan yang paling aku kagumi adalah ketekunan dia dalam menghayati Al-Quran..
Siap mintak dengan ibu dan ayah suruh hantar ke kem tahfiz selama 3minggu semata-mata nak belajar untuk hafaz Al-Quran..Adik,I'm proud of U =)
Even dia anak yang sangat manja,penakut yang teramat,pemalas tapi sikap dia yang tak pernah malu untuk mencuba tue yang aku suka..
Anak manja ibu =)
tak ramai budak-budak kecil sekarang nie yang nak memilih ke arah ini...
Along doakan adik berjaya dan terus berusaha untuk capai yang terbaik..
ingat,tahun depan adik UPSR...
make sure bagi dapat 5A..dan bagi Sek Keb Tunku Raudzhah proud of U...nanti bolehlah masuk MRSM tahfiz yang kat Bertam tue =)
(yang nie dia punya kehendak...siap letak kat skrin handphone dia, 5A UPSR)
jangan azam je,dik tapi usaha takde..biar azam seiring dengan usaha supaya nanti apa yang dihajatkan akan tercapai...INSYAALLAH =)
Aku seringkali tersenyum setiap kali teringatkan,
"Along,tak baik makan makanan orang tanpa izin..haram!!!"
bukkkk..terkena sebijik..nie aku just nak rasa air fresh orange yang dia minum je..
hari tue aku bagi L.O.V.E Award kat dia and now, she awarded back the L.O.V.E Award to me...
aik aci plak ye macam tue???
ok,sebagai tak nak menghampakan beliau..maka aku kenalah menjawab soalan2 yang telah aku sendiri kemukan untuk dia dan tapi kini aku pulak yang kena jawab...hehehe =)
1. Siapa orang yang korang paling sayang?
Pertama: Sudah semestinya MY FAMILY
Kedua: Dia yang bergelar Mr K
2. Kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?
MY FAMILY : sebab diorang sentiasa bersama dengan aku susah senang..terima baik buruk aku..memotivasikan aku sampai aku berada di tahap yang sekarang =)
MR K : sebab dia selalu ada time aku susah ataupun senang..dia sentiasa jadi tempat aku lepaskan tension..dia selalu jadi tempat aku menangis sepuas-puasnya..dan dia selalu jadi tempat untuk aku jerit sekuat hati aku..(nasib baiklah dia tak jadi pekakkan...hehehe) dan dia tak jemu-jemu untuk mencabar aku untuk mendapatkan result yang gempak untuk setiap semester..thanx dear =)
3.Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang,tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan.
AYAH: along sayang ayah sangat-sangat...u'r my hero
(kalau cakap depan2 nie malu..mmg confirm takkan cakap )
IBU: along sayang ibu sangat-sangat dan tolonglah bagi along kahwin ngan Mr K...along tak mau orang lain
(nie mmg takkan berani cakap sampai bila-bila pun)..pasrah dah=(
ANGAH:aku sayang hang sebab hang selalu bertindak mcm abang kalau aku ada masalah(kalau tak cakap pun dia faham..hehe)
FAIZ: I LOVE U,faiz yang hensem and thank you sebab bagi pinjam duit bila along terdesak (hehehe)
ATIN: aku memang sayang hang sangat-sangat atin..best dapat adik perempuan yang satu kepala ngan aku..rasa sunyi plak bila takdak hang tidoq kat sebelah...(atin pun rasa yang sama gak..hehe)
ADIK: I LOVE and MISS U,ustaz kecik =)
MR K: Saya rindu,sayang and cintakan awak sepenuh hati saya...awak selalu buat saya rasa hidup saya sempurna tapi saya tak mungkin akan bersama dengan awak selepas ini..tapi..sebelum saya tinggalkan awak untuk selama-lamanya,saya nak tengok awak berjaya..saya nak tengok awak jadi seseorang yang semua orang akan banggakan..saya nak tengok awak hidup senang macam dulu balik...tapi saya minta maaf sebab saya tak mampu nak tunaikan janji kita..satu je yang awak perlu tahu,saya akan tetap rindu,sayang and cintakan awak sampai bila-bila...kalau awak memang jodoh saya,AMIN..kalau sebaliknya,saya redha =)
Awak tetap abang sepupu saya yang terbaik...kita takkan pernah putus saudara walaupun kita tak ada jodoh
(aku mmg tak berani nak luahkan lagi sebab aku tau dia pasti takkan boleh terima apa yang aku telah putuskan untuk kepentingan semua..dan dia memang jarang online sekarang sebab tue aku berani tulis mcm nie and korang yang kenal dia,tolong jangan bagitau dia ye...biarlah aku yang berkorban )
AKU SAYANG ANDA SEMUA YANG SENTIASA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK AKU =)
berada kat rumah,cabaran paling utama adalah berat badan pun bertambah..
adoyai..nie yang tak best nie...
bila berat badan bertambah maka akan jadi GEMUK...
tak mau ar..
dahlah adik aku si fawwaz dok panggil aku "mokdek"
apa "mokdek" tue???
MOKDEK=GEMUK PENDEK
hahahahaha....
macam-macam betul ar si fawwaz nie..
dia takdak kat umah...kena pergi kem tahfiz di Derga for three weeks..
weekend je baru dapat jumpa dia...
so,kat rumah bertemankan si Atin je..
dengar kata my classmate,si adek comey Saed dah jadi macam Rozita Che Wan...
isk2..xboleh jadi nie
kena buat sesuatu nie..
starting from esok kena buat sesuatu...
kena exercise...
orang kata bila kita banyak makan cili,kadar metabolisme akan meningkat dan membakar lemak..
so,nie bagus untuk sesiapa yang nak kurus...
aku memang suka makan pedas pun tapi terlalu banyak makan makanan yang pedas akan buat kita kena buasir plak..
Sebenarnya, aku impikan kembali berat badan maa time lepas SPM dulu..maintain je..
sekarang nie macam dipam-pam je..
ok..mulai sekarang aku kena mula ubah gaya hidup..
mari kita berhijrah ye kawan-kawan..
sempena awal Muharram,1Muharram 1432 bersamaan 7 Disember 2010,
Jom kita sama-sama pasang tekad untuk ke arah yang lebih baik..jangan bila masuk new year je baru semua orang kalut nak ada azam baru..nie bersempena dengan awal Muharram jom kita berhijrah ye kawan-kawan..
Salam Maal Hijrah 1432
semoga dengan kedatangan tahun baru Islam ini,kita dapat ubah diri kita untuk jadi yang lebih baik buat diri sendiri,keluarga,agama dan negara =)