.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Fitrah Kejadian

hurm..tajuk nie agak kontroversi sikit...hehehe
aku saja post kat status tentang nie..nk tgk ar ape pendapat masing2 kan...
aku sebenar kadang2 keliru dengan perasaan aku nie..
gaduh mmg agak kerap kebelakangan ini..menangis???tue dah jadi benda biasa..
entah ar..kadang2 aku akui aku yg silap tp kadang2 dia yg silap..
 

"Perempuan dijadikan dari rusuk kiri lelaki.Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan."



hurm..begitulah ceritanya..

-RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIRLAH SECARA RASIONAL SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN-

p/s: untuk en krul,alhamdulillah coz kita berjaya melepasi zon kritikal,saling ingat memperingatilah ye..kdg2 kita cepat lupa dan itu adalah fitrah kejadian manusia~