.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Wednesday, September 28, 2011

Dunia baru


Salam 'alaik...
hye everybody...
waras?
Alhamdulillah,aku di sini masih mampu lagi menikmati nikmat hidup yang Allah pinjamkan buat diri ini...

Ok,hari ini aku nak bercerita mengenai dunia baru...
bukanlah cerita Dunia Baru yang famous kat TV3 dulu tue...
tapi nie mengenai dunia baru aku...

Di nukilan sebelum ini,aku menkhabarkan buat semua bahawa aku telah menjadi semula tapi bukan lagi di  Taman Ilmu dan Budi tapi aku di Mengilham Harapan,Mencipta Masa Depan
Penghijrahan itu perlu dalam kehidupan....
Apa yang dapat aku simpulkan dalam tempoh masa 3 minggu aku berada di sini, pusat pengajian ini,jauh lebih besar dan kemudahannya lebih dari pusat pengajian terdahulu....
Bukan mengejar kemudahan yang disediakan sebenarnya,tapi inginkan suasana baru dan pastinya tenaga pengajar yang baru,agar konsep pembelajaran akan berubah rupa...

Benar kata orang tua-tua..."Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Apa yang dapat aku katakan sekarang adalah,aku amat bersyukur kerana diberi peluang untuk ditempatkan di pusat pengajian ini....Seperti yang dimaklumkan semasa sesi penerangan fakulti, lebih daripada 300 permohonan diterima tetapi hanya dalam 50 pengambilan sahaja yang diambil untuk 
Sarjana Kejuruteraan Komunikasi & Komputer...
Alhamdulillah...

Untuk makluman kalian,hanya universiti ini sahaja yang aku pohon untuk pengajian peringkat Sarjana...
universiti-universiti lain,aku hanya sekadar isi borang dan biarkan sahaja dalam fail,hati aku kuat mengatakan aku perlu berhijrah,dan Alhamdulillah,akhirnya aku di sini....

Sepanjang 3minggu aku di sini,aku sangat bersyukur,akhirnya aku faham juga untuk m'integrate rumus2 panjang dalam Communication Engineering yang dahulunya aku tak pernah nak faham..
thanx Dr.Ir.M for ur great formula..

Selama ini,aku hanya kagum pada International lecturer yang seagama dengan ilmu mereka yang cukup banyak tapi aku kini rasa sangat bangga menjadi anak Malaysia,bilamana ada anak Melayu Malaysia mampu berdiri seiring dengan pakar-pakar dari luar...siapa kata anak Melayu tak hebat...Prof Dr M buat aku terpukau dengannya seketika dalam kelas...segala aspek cabang ilmu beliau tahu...and I dream to be like him,one day,InsyaAllah...dan yang pastinya,di sini lebih menekankan soal konsep dan kefahaman dalam melahirkan graduan-graduan yang berkualiti. Itu yang aku cari selama ini..Moga pencarian aku ini membuahkan hasil yang aku idam-idamkan selama ini.

Pesan ibu: "di mana sahaja kita belajar,semuanya tetap sama,dalam negara mahupun luar, semua bergantung pada diri sendiri..kadang2 manusia terlalu mengagungkan tempat orang sedangkan tempat sendiri jauh lebih bagus...apa-apa pun bergantung pada diri sendiri nak berjaya atau tidak"
Yup,Hujan emas di negera orang,hujan batu di negara sendiri,lebih baik negara sendirikan...
Terima Kasih Allah,atas kesempatan yang telah dikurniakan buat diri ini..risiko yang diambil,akhirnya buat aku melangkah ke dunia baru..taman ilmu yang baru...di dunia yang baru dan pastinya dengan semangat yang baru...menjadi yang terpilih bukannya mudah...InsyaAllah,moga semangat dan impian yang terus membara ini  makin lama,makin menyala-nyala =)

Jadual Sem 1 2011/2012 (24 credit hours)

Selamat menuntut ilmu buat teman-teman yang terus meneruskkan perjuangan menuntut ilmu dan selamat berkhidmat buat teman-teman yang telah meninggalkan dunia pengajian...

Salam kasih-sayang buat semua ^_^

Monday, September 26, 2011

I'm Back

Salam 'alaik...
hye everybody...
Finally,I'm back...
Yuo,about 5months menyepi dari dunia menconteng dinding blogku ini...
How's life everybody?
Hope it will be better than before...
OK...where should I start hurm?
OK..Let's start from the crash...
Right now, I'm at the "Inspiring futures, nurturing possibilities". (aisey...manala plak tempat nie..ok..korang google la ye dimanakah tempatnya...hehehe)
Currently, I'm furthering my study...(adoyai...belajar lagi....hehehe)
Just take note at this...

Rasulullah SAW bersabda: أُطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ اِلىَ اللَّهْدِ “Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai liang lahad”

So,tuntutlah ilmu itu selagi termampu..jangan dibazirkan usia muda dan tawaran yang datang sebegitu sahaja...
Mungkin di nukilan yang lepas-lepas, aku ada mengatakan nak sambung sambil kerja but actually, I think it is not a wise decision for me...Antibodi badan nie bukannya terlalu kebal untuk stay up and memikirkan komitmen kerja and I got offered for full time study...

But,there are more reasons why I decided to do this...
Now, let's figure out what makes me change my mind...

After my undergraduate study, I was offered to be a teacher...and yang tak tahannya English subject kot...mmg tak related ar dengan dunia Kejuruteraan Komunikasi selama ini...tapi aku redah jela...yang bestnya jadi teacher kat adik sendiri,si Mek Atyn ...hehehe..so,tekanan tue tetap ada walaupun aku nie jenis yang nampak cool jgk(aish...puji diri sendiri nampak...hehehe)
First day at school,kenalah introduce diri kat perhimpunan sekolah..adoyai...ni yang lemah nie..nak cakap melayu ke english ke arab nie...
so,memandangkan penegerusi majlis cakap B.I,so aku balun ar B.I gak... dari jauh..aku dah nampak Atyn dok senyum kambing kat belakang tue..kurang asam punya adik...

"Assalamualaikum and a very good morning..My name is bla..bla..bla"
 sebaik sahaja aku turun dari pentas, cikgu-cikgu yang lain mula bertanya, Fairuz nie kakak Syamira Fatin dan Shahrul Faiz ka?alamak...baru je nak hide status aku sebagai kakak depa nie....adusss..

So,bermulalah tugasku sebagai seorang 'teacher'...Pesanan Mek Atyn "Along,hang jangan cakap straight BI dalam kelas...hang campuq2...satgi depa tak paham...kalau hang dah cakap BI..hang translate ar mana yang susah2...dan yang paling penting hang jangan GARANG"
...hehehehe...aku kat umah memanglah garang...kuat berleter...bedebuk..kena sekali lagi...

Hari-hari yang kulalui memeng best,and tambah best lagi apabila diorang sangat appreciate kehadiran aku di sana walaupun depa tau ini bukan bidang aku...they were awesome...sweet and yang penting memang setiap hari aku enjoy dengan telatah dan kenakalan mereka semua..sebab style aku,mengajar through games..hehehe...aku nie kan kuat main games..so,aku apply benda nie dalam teaching.
Budak-budak nakal yang ada je perkataan baru yang wat aku gelak


Sebahagian princesses 3B yang cukup semangat setiap kali games

Mereka ini,selalu  buat aku tersenyum dalam kelas


And at the same time,aku attend gak beberapa interview,but setiap kali aku g interview kerja and when I knew all the jobscopes, aku rasa ia tak masuk ngan jiwa aku...ada satu instinct yang buat aku tak nak bekerja dengan industri buat masa ini..tapi aku sering ignore perasaan tue but at last, when two close men to me mula bercakap:

Mr Krul(dia nie best buddy aku...motivator..best friend walaupun jodoh antara kami macam sukar...but we are buddies..tue yg penting =) )
"Tak payah dah atend mana-mana interview,awak tak sesuai untuk industri...jiwa awak,hati awak semua ke arah mendidik...jadi pensyarah..awak akan ada lebih banyak masa untuk keluarga "

and yang paling penting bila lelaki ini mula berkata-kata,aku memang selalu terkedu and He's always right coz he knows me better...siapakah orang itu????

AYAH...."Along,ayah tak berapa berkenan sebenaqnya along kerja dengan industri,keluaq pagi,balik malam..nanti Along dah ada famili susah...tapi,kalau Along ke arah lecturer,ayah sangat suka...sebab Along memang lagi sesuai untuk itu..tak payah pk pasal kerja..sambung Master...Ayah nak Along belajar sampai PhD"

and pastinya IBU juga adalah pendorong utama aku "Nanti kalau sambung PhD,ada DR gak kat depan tue walaupun tak ke bidang medic...tue kan cita-cita along dari darjah 2 lagi.."

Yup,I remembered it...Aku ingat lagi,waktu tu,guru kelas aku, Pn. Ashmah Yunus,suh state 3 cita-cita dalam buku rekod pelajar and ce teka apa yang first aku letak...nak jadi Doktor Falsafah sedangkan time tue aku sendiri pun tak tau Doktor Falsafah tue benda apela...hehehe..

InsyaAllah,semoga Allah sentiasa titipkan semangat,ketenagan dan keikhlasan dalm menuntut ilmu..InsyaAlah...moga-moga impian aku untuk bergelar:
Prof Dr. Norsyaidatul Fairuz bt Fauziz akan membuahkan hasil (tinggi betul impian aku nie)...
sebagai langkah permualaan..di sinilah aku,bergelar seorang pelajar semula,demi menggapai cita-cita dan impian aku...


Terima kasih,ibu ayah,angah,faiz,atin and adik kerana tak jemu-jemu menyokong perjuangan Along =)
Terima kasih Mr. Krul kerana sentiasa menyuntik semangat untuk aku terus mencapai apa yang aku mahukan dalam hidup..siapa kata jurang perbezaan antara kita tak dapat menjadikan kita sahabat yang baik..tue hanya kata-kata manusia..bukan kata-kata ALLAH =)
Terima kasih teman-teman terbaikku Gina,Umi,Saed,Chietah,Atul dan teman-teman yang lain atas dorongan semangat yang telah kalian berikan =)
Terima kasih anak-anak didikku(Pelajar-Pelajar Maktab Mahmud Pendang)...walaupun,terlalu singkat masa kita bersama,kalian telah buatkan teacher tersedar,jalan mana yang perlu teacher susuri =)
Terima kasih buat semua yang mengata dan mengkritik diri ini...kata-kata kalian sedikit pun tak pernah menjadi kudis dalam diri ini tapi sebenarnya satu cabaran yang akan diri ini buktikan ...InsyaAllah =)


Akhir kalam....


Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

    Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

    “Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

    [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628]. credit to IslamGRID