.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Thursday, March 24, 2011

Classes are officially END!!!

assalamualaikum...
hye semua...
apa khabar??

ok,arini aku menulis lagi...
ada rakan-rakan yang bertanya kenapa aku jarang update blog sekarang...
sorila ye, kepada sesiapa yang sudi mengunjungi blog ini,buat masa ini aku lebih suka main game...CITYVILLE...dah sampai level 51 dah...kepada sesiapa yang suka main game nie kat FB bolehlah add aku ye...hehehe
so,jaranglah nak menulis lagi bila dah start main game...

tapi arini,aku menulis lagi...
kenapa ya???
ok,arini secara rasminnya,berakhir sesi pergi ke kelas...selama 2 tahun di matrikulasi UIAM dan 4 tahun di kampus Gombak,aku telah melaui suatu kehidupan yang cukup bermakna...

menghadiri kelas yang kadang-kadang rasa sangat malas nak gi...
suatu memori yang pasti takkan luput dalam ingatan...
kehidupan sebagai seorang pelajar yang kadang kala ada senang dan susahnya..pahit ranjau yang terpaksa dihadapi untuk menggenggam segulung ijazah...

kalau korang nak tau,masa aku kat matrik dulu,selalu jugaklah aku ponteng kelas tapi takdelah sampai kena 'barred" and bila masuk main kampus pun sama jugak...tambah2 bila kelas yang start kui 8.30pagi...tue lah yang paling malas aku nak pi...sampai kadang-kadang aku minta member tolong signkan attendance aku...heheehe...
tapi tue masa 1st and 2nd year...masa 3rd year dah baik sikit...mungkin dah sedar kot pentingnya pergi kelas and bila dah masuk 4th year..purata aku ponteng kelas untuk setiap subjek,hanya 2x je...tak lebih dari tue..bila dah terdesak sangat2 baru aku ponteng...

thanx to all my dearest friends especially UMI,ATUL,SAED and CHIETAH for being great buddies ever...
kadang-kadang ada yang terasa hati,terguris rasa tapi semua itu adat dalam persahabatan..kami bersahabat bukan memandang pada harta,bukan memandang pada kebijakan atau mengharapkan sesuatu...kami bina persahabatan ini atas nilai kasih sayang,UKHUWAH FILLAH...

buat sahabat-sahabatku,
andainya diri ini pernah melukakan hati kalian secara terang mahupun tidak,segunung kemaafan aku pohonkan...adat dalam persahabatan kekadang ada yang terluka dan kekadang ada yang cepat terhiris..
From the bottom of my heart, " LOVE ALL OF U =) "
together always...
all the best for final exam and FYP



Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




Wednesday, March 16, 2011

AYAT SELEPAS KAHWIN

assalamualaikum...
hye semua...
apa khabar...
dah lama rasanya tak menulis di sini...
and right now, I'm fine..
and from now on, I will just ignore those people who think they are always right and by staying away from this kind of people,I will not lose even a penny..life must go on..no turning back...

ok,hari nie aku nak korang berfikir sejenak..betul ke tak ape yg akan aku utarakan dari sebuah blog nie...
alah,for me,tak payah tunggu sampai lepas kahwin,masa tengah bercinta pun dah jadi dah...
biasalah tu kan...ye ke idak???hehehe

tapi kadang-kadang aku tak faham dengan kerenah lelaki nie,macam-macam...tapi apa yang akan aku buat sekarang,concentrate on my study yg just berbaki beberapa bulan sahaja lagi and starting to search for a job..
one more thing,kawan-kawan,jangan lupa ke Jobs DB career fair di KL Convention centre from 18/3/2011-20/3/2011

now,aku nak kongsikan ayat selepas kahwin nie ngan korang...korang renung-renungkanlah ye


Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

credit to : http://lawakjenaka.com/bahasa-melayu/lawak-romantik/ayat-lepas-kahwin.html

orang kata,kalau baru-baru tue semuanya indah,kentut pun wangi...hehehe

HAVE A NICE DAY ^_^

Thursday, March 3, 2011

CINTA YANG DISAKITI

Salam...
hye semua...
apa khabar??

lama rasanya aku tak berbicara di ruangan ini lagi...
sepanjang tempoh aku tidak menulis di sini,aku dalam proses menenangkan diri...dalam proses mencari diri...
terlalu banyak konflik yang datang silih berganti...sampai aku rasa aku dah berputus asa...
aku gagal untuk mengawal emosi..terlalu banyak insan-insan yang mengusutkan fikiran..
sampai aku rasakan aku berada dalam sebuah drama...ye...dama kehidupan manusia yang penuh dengan sandiwara dunia...yang menyakitkan...yang buat hati ini robek...hancur berkecai...

tapi sememangnya aku bertuah,ada insan-insan yang sentiasa cuba untuk mengembalikan sinar kebahagian dalam diri ini...cuba membuat diri ini tersenyum dan tertawa riang...
permainan cinta ini buat aku sengsara....kebenaran yang terserlah buat hidup aku huru-hara...

cinta tak selalunya manis,pahitnya pasti ada...
ini pengalaman paling pahit pernah aku lalui sepanjang hayatku...
pengalaman yang akan mendewasakan aku yang tak pernah nak matang...
mengenali sifat manusia yang pelbagai...yang tak pernah berteus terang...
hati seorang PEREMPUAN tak sama dengan hati seorang yang bergelar LELAKI...
aku tak mengatakan semua lelaki sama tapi lelaki yang sebegini tak layak untuk sesiapa...

kepada semua wanita diluar sana...jadikan apa yang telah terjadi pada diri ini suatu pengajaran yang paling berguna...
Janji-janji manis seorang LELAKI jangan terlalu dipercayai kelak akan memakan diri....
dan tak semua PEREMPUAN selalunya betul...jangan gunakan kecantikan yang ada untuk kesenangan diri sendiri,kelak diri yang merana...dendam seorang LELAKI sangat kuat...
aku tak menulis yang batil di sini...semua ini terjadi di depan mataku...antara jalan cerita hidup ini...
ingatlah,CINTA itu manis andainya kita meletakkan CINTA yang pertama kepada ALLAH melebihi CINTA kita kepada seorang manusia...

Wahai teman-teman di luar sana...doakanlah agar sinar kebahagiaan akan muncul semula dalam diri ini dan buat anda di luar sana,hargailah pasangan anda sementara dia masih di sisi kerana apabila dia sudah pergi,baru akan terasa yang dia sangat penting dalam hidup ini...

XOXO