.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Monday, November 24, 2014

Berblogging Semula!!

Assalam semua...

Sudah terlalu lama catatan bisu tempat meluahkan rasa ini terbiar sepi...
Di pagi yang hening ini terasa ingin menulis semula seperti dahulu...
Cerita cinta antara aku dan dia 'plus' si kecil yang tengah membesar dalam kandunganku ini...
Si kecil, FZ Jr, bukti cinta kami berdua...sudah 10 tahun 6 bulan 14 hari..kami mengikat kasih, sayang, cinta dan rindu...
Kelahiran FZ Jr, kami nantikan dengan penuh debar...
Persiapan untuk FZ Jr, masih lagi dalam proses...
Melalui detik2 mengandung yang agak sukar...morning sickness yang teruk..muka berjerawat teruk.. tapi Alhamdulillah...kini sudah semakin aktif dan pastinya, aku sangat gembira dengan fasa-fasa baru yang aku lalui ini...
Benar, suatu pengalaman yang tidak ternilai..Tak sabarnya rasanya menanti Januari 2015 untuk menatap dan membesarkan FZ Jr...
Ibu pesan, "moga FZ Jr jadi bijak seperti kamu tapi mulut tak macam mulut kamu yang popcorn"
nak buat mcm mana kan, sebagai seorang pensyarah mana mungkin saya tak banyak bercakap...
Mmg pasti kena bercakap kan???
Tapi Alhamdulillah, dikurniakan seorang suami yang penyabar, penyayang, manja plus garang buat hidup ini terasa sempurna...
Masih lagi terfikir untuk memplotkan jalan cerita apa yang bakal dititipkan di laman bicara bisu ini...
Mungkin esok, plot2 cerita itu akan muncul...
Buat Ayah dan Ibu, terima kasih kerana memberikan anakmu ini peluang untuk merasai kemanisan berumah tangga dan bakal memiliki pengalaman untuk punya anak sendiri untuk dididik dan dibesarkan dengan didikan ukhrawi dan duniawi yang sempurna..
Buat suamiku, Mohamad Khairuz Zaman Safar, terima kasih untuk kisah cinta ini. You're the best man I ever met besides Ayah dan adik2ku. I love you, Abang dunia akhirat...
Buat si kecil, FZ Jr yang dalam kandunganku ini " Ummi sayang anak ummi...moga membesar jadi insan " yang terpuji,memiliki otak yang cemerlang serta kejayaan"... semoga kelahiranmu nanti dipermudahkan...Ameen

Sekian,
Salam cinta, kasih dan sayang daripada saya,
NORSYAIDATUL FAIRUZ FAUZIZ

No comments: