.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Thursday, November 27, 2014

Suamiku yang Sengal

Salam
Hye all..
Ok, malam ini aku  mahu menulis lagi...
Moga suatu hari nanti bila mana FZ Jr sudah mampu membaca, akan aku tunjukkan kepadanya kisah cinta ummi dan abinya yang penuh liku dahulunya, kini Alhamdulillah...semuanya kuasa Allah..
Saja aku mengimbau entry yang lalu "cinta perlukan pengorbanan"..rupa-rupanya sudah hampir 4 tahun peristiwa ini berlalu..
Aku pernah mengalah dan aku pernah rasa tertewas dan putus asa...mengalah untuk meneruskan kisah cinta kami atas desakan ibu dan ayah...
Tapi semuanya berubah kini, berkat doa semua..akhirnya dia suamiku...suamiku yang sangat sengal...

PERISTIWA 1

Dia: sapa suh xmandi2 lg..pastu nak bising2 kata org lmbt
Aku:awak tau x apa yg saya buat kat depan tu...sy tlg ibu kms barang la..
Dia: len kali mandila awal2
Aku...air mata dah mula meleleh..mengharapkan dia pujuk aku...tp hampeh...
Dia:dah buat salah tak mau mengaku
Aku:yela...saya yang selalu salah...saya yang selalu xbetul kan...(air mata dah mcm hujan dah...semenjak mengandung ni mmg kuat betul touchingnyer)
Dia:yela...buat salah xmau mengaku
Ok fine...aku dah pasrah...nak menjerit...ibu ayah ada kat umah...so kn control xmau bg ibubayah tau...so, ssmbamkanla muka kat bantal...tiba-tiba dengar orang gelak2...eh, suara dia yg gelak2..dia datang pada aku...main perut aku mcm biasa...then, he hug me...maka dia pun bersuara..
Dia: abg mintak maaf...abg saja je...abg syok tengok sayang bengang..abg syok tengok sayang nangis...so, abg menangla ye...
Fine, aku rasa time tu mcm nak backhand je dia...tak SENGAL ke tu?

Aku ngadu kat ibu apa dia buat kat aku,ketidak puasan aku dengan perangai relax dia, then jawapan ibu buat aku pasrah

Ibu: lelaki mmg macam tu..kita tak boleh membebel..nnt depa akan belajaq sendiri apa yg depa kn buat..ayah dulu pun mcm tu jugak...

Fine, dia menang lagi...seriously, ibu mmg akan selalu back up dia...kdg2 rasa tak aci pun ada...

PERISTIWA 2

Phone call...

Aku:Abg bawak tak lagi ayah p Menara Takaful? Jumpa x?
Dia:xjumpala..ayah kata tak payahla p...
Aku:lor xgn gps ke..data pln abg dh abih..pakaila yg ayah punya...hp ayah wazepun ada
Dia:xpela....
Aku:mn blh mcm tu...(dh start bengang dh ni ngn perangai relax dia)
Tiba-tiba...dia gelak...ok, aku akan kn lg dengan keSENGALan dia ni...
Dia:dah p la...hahahaha..sj syok nk bg sayang bengang..abg dah sampai kat bank negara ni...nak amik kat depan ke belakang ni?
Aku: amik kat depan..(mmg suara dah bengang abih ni)

YOU'RE TOO MUCH, ABANG!!!

Terima kasih untuk ayah dan ibu susahpayah mai KL dengan pelbagai bekalan yang aku dok teringin selama ni..
Terima kasih, Ayah untuk Laicikang yang sangat best
Terima kasih, Ibu untuk Laksa ibu yang sangat awesome dah kuah yong tau foo kak mardiana
Terima kasih sekali lagi Ayah dan Ibu kerana akhirnya merestui cinta kami..
Buat suamiku...terima kasih kerana mewarnai hari2ku dengan pelbagai rasa...air mata kalau sehari tak mengalir mmg tak sah...sbb keSENGALan Abang buat saya rasa bahagia...buat saya rasa sentiasa disayangi...terima kasih kerana selalu ada dengan saya...
Buat FZ Jr, inilah kisah cinta ummi dan abi ♥♥♥♥


Buat mereka yang berhadapan dengan masalah cinta yang tak direstui..bersabarlah..banyakkan berdoa kepada ALLAH...Jika benar dia jodoh kamu,biar apa jua halangan, pasti suatu hari nanti akn disatukan jua....sentiasa yakin dengan janji ALLAH..jangan buat keputusan bodoh untuk kahwin lari dan sebagainya..restu kedua ibu bapa itu penting untuk rumah tangga yang aman, harmoni dan bahagia...
Selamat malam...esok kelas pagi dan petang...masa untuk tidur...





Monday, November 24, 2014

Berblogging Semula!!

Assalam semua...

Sudah terlalu lama catatan bisu tempat meluahkan rasa ini terbiar sepi...
Di pagi yang hening ini terasa ingin menulis semula seperti dahulu...
Cerita cinta antara aku dan dia 'plus' si kecil yang tengah membesar dalam kandunganku ini...
Si kecil, FZ Jr, bukti cinta kami berdua...sudah 10 tahun 6 bulan 14 hari..kami mengikat kasih, sayang, cinta dan rindu...
Kelahiran FZ Jr, kami nantikan dengan penuh debar...
Persiapan untuk FZ Jr, masih lagi dalam proses...
Melalui detik2 mengandung yang agak sukar...morning sickness yang teruk..muka berjerawat teruk.. tapi Alhamdulillah...kini sudah semakin aktif dan pastinya, aku sangat gembira dengan fasa-fasa baru yang aku lalui ini...
Benar, suatu pengalaman yang tidak ternilai..Tak sabarnya rasanya menanti Januari 2015 untuk menatap dan membesarkan FZ Jr...
Ibu pesan, "moga FZ Jr jadi bijak seperti kamu tapi mulut tak macam mulut kamu yang popcorn"
nak buat mcm mana kan, sebagai seorang pensyarah mana mungkin saya tak banyak bercakap...
Mmg pasti kena bercakap kan???
Tapi Alhamdulillah, dikurniakan seorang suami yang penyabar, penyayang, manja plus garang buat hidup ini terasa sempurna...
Masih lagi terfikir untuk memplotkan jalan cerita apa yang bakal dititipkan di laman bicara bisu ini...
Mungkin esok, plot2 cerita itu akan muncul...
Buat Ayah dan Ibu, terima kasih kerana memberikan anakmu ini peluang untuk merasai kemanisan berumah tangga dan bakal memiliki pengalaman untuk punya anak sendiri untuk dididik dan dibesarkan dengan didikan ukhrawi dan duniawi yang sempurna..
Buat suamiku, Mohamad Khairuz Zaman Safar, terima kasih untuk kisah cinta ini. You're the best man I ever met besides Ayah dan adik2ku. I love you, Abang dunia akhirat...
Buat si kecil, FZ Jr yang dalam kandunganku ini " Ummi sayang anak ummi...moga membesar jadi insan " yang terpuji,memiliki otak yang cemerlang serta kejayaan"... semoga kelahiranmu nanti dipermudahkan...Ameen

Sekian,
Salam cinta, kasih dan sayang daripada saya,
NORSYAIDATUL FAIRUZ FAUZIZ

Thursday, November 14, 2013

aliesyafairuz.blogspot.com is back ♡♥♡♥♡♥

Salam

Hye semua....
I'm back...
Previously, I promised to myself, I will make this blog private only for myself unless something miracle that I always pray for happens..
Finally, Alhamdulillah =)

me & him 
Alhamdulillah, this is what we are waiting for almost 10 years =)

Wednesday, September 28, 2011

Dunia baru


Salam 'alaik...
hye everybody...
waras?
Alhamdulillah,aku di sini masih mampu lagi menikmati nikmat hidup yang Allah pinjamkan buat diri ini...

Ok,hari ini aku nak bercerita mengenai dunia baru...
bukanlah cerita Dunia Baru yang famous kat TV3 dulu tue...
tapi nie mengenai dunia baru aku...

Di nukilan sebelum ini,aku menkhabarkan buat semua bahawa aku telah menjadi semula tapi bukan lagi di  Taman Ilmu dan Budi tapi aku di Mengilham Harapan,Mencipta Masa Depan
Penghijrahan itu perlu dalam kehidupan....
Apa yang dapat aku simpulkan dalam tempoh masa 3 minggu aku berada di sini, pusat pengajian ini,jauh lebih besar dan kemudahannya lebih dari pusat pengajian terdahulu....
Bukan mengejar kemudahan yang disediakan sebenarnya,tapi inginkan suasana baru dan pastinya tenaga pengajar yang baru,agar konsep pembelajaran akan berubah rupa...

Benar kata orang tua-tua..."Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Apa yang dapat aku katakan sekarang adalah,aku amat bersyukur kerana diberi peluang untuk ditempatkan di pusat pengajian ini....Seperti yang dimaklumkan semasa sesi penerangan fakulti, lebih daripada 300 permohonan diterima tetapi hanya dalam 50 pengambilan sahaja yang diambil untuk 
Sarjana Kejuruteraan Komunikasi & Komputer...
Alhamdulillah...

Untuk makluman kalian,hanya universiti ini sahaja yang aku pohon untuk pengajian peringkat Sarjana...
universiti-universiti lain,aku hanya sekadar isi borang dan biarkan sahaja dalam fail,hati aku kuat mengatakan aku perlu berhijrah,dan Alhamdulillah,akhirnya aku di sini....

Sepanjang 3minggu aku di sini,aku sangat bersyukur,akhirnya aku faham juga untuk m'integrate rumus2 panjang dalam Communication Engineering yang dahulunya aku tak pernah nak faham..
thanx Dr.Ir.M for ur great formula..

Selama ini,aku hanya kagum pada International lecturer yang seagama dengan ilmu mereka yang cukup banyak tapi aku kini rasa sangat bangga menjadi anak Malaysia,bilamana ada anak Melayu Malaysia mampu berdiri seiring dengan pakar-pakar dari luar...siapa kata anak Melayu tak hebat...Prof Dr M buat aku terpukau dengannya seketika dalam kelas...segala aspek cabang ilmu beliau tahu...and I dream to be like him,one day,InsyaAllah...dan yang pastinya,di sini lebih menekankan soal konsep dan kefahaman dalam melahirkan graduan-graduan yang berkualiti. Itu yang aku cari selama ini..Moga pencarian aku ini membuahkan hasil yang aku idam-idamkan selama ini.

Pesan ibu: "di mana sahaja kita belajar,semuanya tetap sama,dalam negara mahupun luar, semua bergantung pada diri sendiri..kadang2 manusia terlalu mengagungkan tempat orang sedangkan tempat sendiri jauh lebih bagus...apa-apa pun bergantung pada diri sendiri nak berjaya atau tidak"
Yup,Hujan emas di negera orang,hujan batu di negara sendiri,lebih baik negara sendirikan...
Terima Kasih Allah,atas kesempatan yang telah dikurniakan buat diri ini..risiko yang diambil,akhirnya buat aku melangkah ke dunia baru..taman ilmu yang baru...di dunia yang baru dan pastinya dengan semangat yang baru...menjadi yang terpilih bukannya mudah...InsyaAllah,moga semangat dan impian yang terus membara ini  makin lama,makin menyala-nyala =)

Jadual Sem 1 2011/2012 (24 credit hours)

Selamat menuntut ilmu buat teman-teman yang terus meneruskkan perjuangan menuntut ilmu dan selamat berkhidmat buat teman-teman yang telah meninggalkan dunia pengajian...

Salam kasih-sayang buat semua ^_^

Monday, September 26, 2011

I'm Back

Salam 'alaik...
hye everybody...
Finally,I'm back...
Yuo,about 5months menyepi dari dunia menconteng dinding blogku ini...
How's life everybody?
Hope it will be better than before...
OK...where should I start hurm?
OK..Let's start from the crash...
Right now, I'm at the "Inspiring futures, nurturing possibilities". (aisey...manala plak tempat nie..ok..korang google la ye dimanakah tempatnya...hehehe)
Currently, I'm furthering my study...(adoyai...belajar lagi....hehehe)
Just take note at this...

Rasulullah SAW bersabda: أُطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ اِلىَ اللَّهْدِ “Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai liang lahad”

So,tuntutlah ilmu itu selagi termampu..jangan dibazirkan usia muda dan tawaran yang datang sebegitu sahaja...
Mungkin di nukilan yang lepas-lepas, aku ada mengatakan nak sambung sambil kerja but actually, I think it is not a wise decision for me...Antibodi badan nie bukannya terlalu kebal untuk stay up and memikirkan komitmen kerja and I got offered for full time study...

But,there are more reasons why I decided to do this...
Now, let's figure out what makes me change my mind...

After my undergraduate study, I was offered to be a teacher...and yang tak tahannya English subject kot...mmg tak related ar dengan dunia Kejuruteraan Komunikasi selama ini...tapi aku redah jela...yang bestnya jadi teacher kat adik sendiri,si Mek Atyn ...hehehe..so,tekanan tue tetap ada walaupun aku nie jenis yang nampak cool jgk(aish...puji diri sendiri nampak...hehehe)
First day at school,kenalah introduce diri kat perhimpunan sekolah..adoyai...ni yang lemah nie..nak cakap melayu ke english ke arab nie...
so,memandangkan penegerusi majlis cakap B.I,so aku balun ar B.I gak... dari jauh..aku dah nampak Atyn dok senyum kambing kat belakang tue..kurang asam punya adik...

"Assalamualaikum and a very good morning..My name is bla..bla..bla"
 sebaik sahaja aku turun dari pentas, cikgu-cikgu yang lain mula bertanya, Fairuz nie kakak Syamira Fatin dan Shahrul Faiz ka?alamak...baru je nak hide status aku sebagai kakak depa nie....adusss..

So,bermulalah tugasku sebagai seorang 'teacher'...Pesanan Mek Atyn "Along,hang jangan cakap straight BI dalam kelas...hang campuq2...satgi depa tak paham...kalau hang dah cakap BI..hang translate ar mana yang susah2...dan yang paling penting hang jangan GARANG"
...hehehehe...aku kat umah memanglah garang...kuat berleter...bedebuk..kena sekali lagi...

Hari-hari yang kulalui memeng best,and tambah best lagi apabila diorang sangat appreciate kehadiran aku di sana walaupun depa tau ini bukan bidang aku...they were awesome...sweet and yang penting memang setiap hari aku enjoy dengan telatah dan kenakalan mereka semua..sebab style aku,mengajar through games..hehehe...aku nie kan kuat main games..so,aku apply benda nie dalam teaching.
Budak-budak nakal yang ada je perkataan baru yang wat aku gelak


Sebahagian princesses 3B yang cukup semangat setiap kali games

Mereka ini,selalu  buat aku tersenyum dalam kelas


And at the same time,aku attend gak beberapa interview,but setiap kali aku g interview kerja and when I knew all the jobscopes, aku rasa ia tak masuk ngan jiwa aku...ada satu instinct yang buat aku tak nak bekerja dengan industri buat masa ini..tapi aku sering ignore perasaan tue but at last, when two close men to me mula bercakap:

Mr Krul(dia nie best buddy aku...motivator..best friend walaupun jodoh antara kami macam sukar...but we are buddies..tue yg penting =) )
"Tak payah dah atend mana-mana interview,awak tak sesuai untuk industri...jiwa awak,hati awak semua ke arah mendidik...jadi pensyarah..awak akan ada lebih banyak masa untuk keluarga "

and yang paling penting bila lelaki ini mula berkata-kata,aku memang selalu terkedu and He's always right coz he knows me better...siapakah orang itu????

AYAH...."Along,ayah tak berapa berkenan sebenaqnya along kerja dengan industri,keluaq pagi,balik malam..nanti Along dah ada famili susah...tapi,kalau Along ke arah lecturer,ayah sangat suka...sebab Along memang lagi sesuai untuk itu..tak payah pk pasal kerja..sambung Master...Ayah nak Along belajar sampai PhD"

and pastinya IBU juga adalah pendorong utama aku "Nanti kalau sambung PhD,ada DR gak kat depan tue walaupun tak ke bidang medic...tue kan cita-cita along dari darjah 2 lagi.."

Yup,I remembered it...Aku ingat lagi,waktu tu,guru kelas aku, Pn. Ashmah Yunus,suh state 3 cita-cita dalam buku rekod pelajar and ce teka apa yang first aku letak...nak jadi Doktor Falsafah sedangkan time tue aku sendiri pun tak tau Doktor Falsafah tue benda apela...hehehe..

InsyaAllah,semoga Allah sentiasa titipkan semangat,ketenagan dan keikhlasan dalm menuntut ilmu..InsyaAlah...moga-moga impian aku untuk bergelar:
Prof Dr. Norsyaidatul Fairuz bt Fauziz akan membuahkan hasil (tinggi betul impian aku nie)...
sebagai langkah permualaan..di sinilah aku,bergelar seorang pelajar semula,demi menggapai cita-cita dan impian aku...


Terima kasih,ibu ayah,angah,faiz,atin and adik kerana tak jemu-jemu menyokong perjuangan Along =)
Terima kasih Mr. Krul kerana sentiasa menyuntik semangat untuk aku terus mencapai apa yang aku mahukan dalam hidup..siapa kata jurang perbezaan antara kita tak dapat menjadikan kita sahabat yang baik..tue hanya kata-kata manusia..bukan kata-kata ALLAH =)
Terima kasih teman-teman terbaikku Gina,Umi,Saed,Chietah,Atul dan teman-teman yang lain atas dorongan semangat yang telah kalian berikan =)
Terima kasih anak-anak didikku(Pelajar-Pelajar Maktab Mahmud Pendang)...walaupun,terlalu singkat masa kita bersama,kalian telah buatkan teacher tersedar,jalan mana yang perlu teacher susuri =)
Terima kasih buat semua yang mengata dan mengkritik diri ini...kata-kata kalian sedikit pun tak pernah menjadi kudis dalam diri ini tapi sebenarnya satu cabaran yang akan diri ini buktikan ...InsyaAllah =)


Akhir kalam....


Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

    Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

    “Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

    [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628]. credit to IslamGRID




Thursday, May 19, 2011

Annoying!!!

salam...
hye semua...dah lama tak m'update...
lately nie terlalu banyak interview yang perlu dihadiri plus ade yang aku malas gi,aku tak gi,ade yang panggil interview pun aku reject...
entahlah...but at last, after aku lepas interview dengan satu company nie, I realized that I'm not ready yet for working environment...mahu terus belajar =)
Biarlah apa yang orang nak kata pun,tak abih2 belaja ke, kahwin lambat ke, ape ke..aku tak kisah, janji aku dapat apa yang aku nak...

Tapi, kali nie aku bukan nak membebel pasal interview,kerja ataupun plan untuk sambung belajar but dalam proses untuk meluahkan perasaan...
korang akan rasa bengang and marah tak kalau orang lain punya hal, kita pun kena tempias gak???
memang tak puas hatikan???

susah sebenarnya kalau mengajar orang yang kurang bijak yang tak boleh diajar nie...
tapi janganlah babitkan orang lain sekali...isk2...sangat tak puas hati...
so, jadi emolah aku nie...adoyai....
dahlah tak tau boleh pi tengok ke tak Nur Kasih The Movie...tengok Kongsi aritue macam hampeh jek...tapi sebab Shaheizy Sam punya pasal, aku kira OK jek, walaupun untuk pertama kalinya aku rasa mengantuk tengok movie kat KLCC tue...adesss...

So,pesanan untuk insan-insan terbabit, janganlah suka membabitkan aku dalam permasalahan korang nie...sendiri buat, sendiri tanggunglah...
Be professional, hal lain jangan nak campur adukkan ngan hal lain...
kalau buat jugak macam apa yang aku rasa sekarang nie ar...
BERSABARLAH,DUHAI HATI =)

Nasib baiklah, ade BOSS season 2 yang mengubat aku dari tak berapa nak emo sangat...korang patut tengok drama Japan nie sebab citer detektif yang sangat best =)

Apa2pun,duhai hati, tolong bersabar ye, manusia nie susah dan macam-macam kerenahnya,yang jenis berlagak pandai nie susah sebenarnya nak ditangani but apa-apa pun, aku tak kacau kehidupan sesiapa pun jangan sesekali nak buat kehidupan aku rasa bagai dijentik....
hidup janganlah menyusahkan orang lain,kelak buruk padahnya dan bertindaklah secara rasional bukan secara melulu....
renung-renungkan dan selamat beramal =)

Be who you are and say what you feel 

because those who mind don't matter 

and those who matter don't mind

Wednesday, May 11, 2011

Spill Time

Assalamualaikum...
Hye semua...
wah,dah lama aku tak mengarang di sini...
too busy with part-time job and final year project's materials..
Actually, I had already presented my final year project on the 27th of April 2011
(it's on adik's birthday...hua....takleh celebrate birthday adik...sedihnyer...)
Ok,untuk kali nie,presentationku agak santai but aku demam time tue,but I already gave my very best and Alhamdulillah, examiners like our project..."GOOD JOB"...and the project may be continued by other persons in the future for their undergraduate studies...

THANK YOU,UMI for being a very best partner,motivator and friend =)

THANK YOU,KAK MIMI for ur guidance and knowledge..
U made us finally understand what we were actually going to do =)

GRATITUDE is also extended to my family, AYAH,IBU,ANGAH,FAIZ,ATIN and ADIK 
who always love me, believe in me, and support me, no matter where I am.

THANK YOU,MR KRUL CIP for being my great motivator and best friend who always criticizes and provokes me in order to make me give my very best...

and ALHAMDULILLAH,finally I did it...
tersenyum lebar bila melihat my final examination result...yup,I scored =)

and right now, I'm doing part-time job in Mahallah's office...
sementara menunggu tarikh untuk industrial presentation which is on th 12th of May 2011 and submission of the hardcover report on the 17th of May...and the contract will end on 31st May 2011...
It's quite challenging since I have to deal with many kinds of people...
Pernah aku kena maki ngan sorang international students nie sebab dia tak puas hati tak dapat block yang dia nak and siap tuduh kitorang hilangkan list manual pre-reg...
adoyai...sister, aku baru je join keje kat situ after habis exam,..gena plak aku nak hilangkan...memang kecoh jugakla..sampai dia ketuk kaunter...tapi aku relax jek...orang lain dah malas layan...
aku senyum je kat dia and argue bila aku rasa perlu and at last, atas budi bicara AHM,maka dia pun nak apa yang dia nak...and yg bestnya aku siap boleh perli dia lagi 
"Sister,everything can be settled down if u stay calm,don't be too emotional..It's just a small matter to be handled...so,don't simply scold anyone.." 
hehehe...and dia senyum je lepas tue and say sorry to me...then,kawan kepada International student tue pun berkata 
"before this, I hate Hafsah, but right now, I really love Hafsah cause u make my friend smile"
nasib baiklah time hari kejadian tue, aku boleh control kesabaran aku nie..kalau ikutkan selalunya bila dah keadaan genting macam tue,aku pun akan mengamuk jugak...tapi xdelah sampai ketuk kaunter...hehehe..

tension jugak sebenarnya berhadapan dengan student yang pelbagai kerenah...ada yang tak aware langsung dengan Mahallah's rules...itu agak buat aku angain...kita hidup dalam dunia kena berperaturan...untuk disiplinkan diri...jgn semua benda nak kena spoon-fed je...cubalah terokai sendiri apa yang perlu kita buat and apa yang tak perlu kita buat..
alahai...but afterall, aku suka part-time kat Mahallah's office...bagus untuk communication skills...how to deal with problem and how to overcome it...tambah2 plak,aku nie memang suka bercakap pun...so,enjoy sangat walaupun rasa sangat penat  ^_^

arini,aku off...mau keluar tengok dunia luar sekejap...since my best buddy takde kat KL nie,maka hidup aku agak bosan,tapi dia pun ada tanggungjawab nak kena dilunaskan...tapi hati aku agak sakit dengan seseorang and maybe aku dah tak boleh terima dia dalam hidup aku...aku nie tak berapa berkenan sangat dengan manusia yang talam dua muka nie..so,sorry...dulu memang ko penting dalam hidup aku but right now, you are nothing...sekali dah macam2, sorry,you are no longer in my heart...bukan bermaksud untuk membenci tapi dah habis sabar sebenarnya...benarlah nasihat orang yang lebih tua, manusia yang sebegini jangan dibuat kawan,bila susah mencari,bila senang dilupakan,hidup kalau asyik penuh dengan alasan maka takkan ke mana-mana...berlagak pandai tapi apa pun takde sebenarnya..bersabarlah wahai hati...
apa-apa pun,stay calm, stay cool and definitely stay cute ^_^

Friends are like melons; shall I tell you why? To find one good you must one hundred try. -- Claude Mermet