.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Saturday, July 17, 2010

Benarkah lelaki hanya pandai berjanji tapi tak reti nak tunaikannya??

hurm..tajuk nie agak kontroversi sikit...hehehe
aku saja post kat status tentang nie..nk tgk ar ape pendapat masing2 kan...
aku sebenar kadang2 keliru dengan perasaan aku nie..
gaduh mmg agak kerap kebelakangan ini..menangis???tue dah jadi benda biasa..
entah ar..kadang2 aku akui aku yg silap tp kadang2 dia yg silap..



then,Gna a.k.a Chandni Gna pun komen " depends gk laaa.....ade yg ok, ade gk yg xOK..."

Chandni Gina
Chandni Gina
kn kite ckp...dh nm LELAKI INI....hehehehehe;-)

tiba-tiba...seorang lelaki yg sgt dekat di hati aku pun turut serta dalam sesi perdebatan ini..hehehe..kita ikuti apa yg diperkatakan ye....

Krul Cip
Krul Cip
hem x semua lelaki mcm tu tp kalu xpcy kat kaum adam g bcnta ngan kaum hawa la

Norsyaidatul Fairuz Fauziz
Norsyaidatul Fairuz Fauziz
wah2..nk m'galakkan perkara yg dilaknat Allah ke en krul??
Krul Cip
Krul Cip
hbs dok kata lelaki yg pandai janji jer tp mcm mamner nagn kaum hawa plak??????????????

Norsyaidatul Fairuz Fauziz
Norsyaidatul Fairuz Fauziz
haha..tp rasanya kaum hawa dia akn kotakan janji wpun lambat..and yg penting klu seorang perempuan dah syg sgt kat lelaki tue..dia mmg syg betul2..tp lelaki kdg2 mata keranjang..tambah spare part senyap2..ape pendapat en krul??

Chandni Gina
Chandni Gina
kaum hawa...klu janji mesti tunaikn..unless parents msk cmpr..ssh skit laaa...kene pikir sal parents gk...hmmm

Krul Cip
Krul Cip
2 xdpt dinafikan,tp tu semuanyer berpunca dr kaum hawa gak kalu x, mustahil perkara cm tu akan berlaku

Norsyaidatul Fairuz Fauziz
Norsyaidatul Fairuz Fauziz
gna:hurm..akak setuju..bl parents masuk campur tue yg susah ckit..p'puan selagi xkahwin..dia adalah kn taat ngan ibu dan ayah tp bila dah kahwin dia kn taat dgn suami dia..so,kn tgk situasi ar
oh..ini mcm nk menyalahkan kaum hawa jek??ok..mengapakah en krul kt b'punca dari kaum hawa ye??

Chandni Gina
Chandni Gina
btol kn......slagi pompuan duk ngan parents mestila kene ikt ckp diorg...klu dh kawin len laa.....laki2 xper... blh jer wt paper pun...hmmmmm....
kaum hawa byk tanggugngjawab....♥

Krul Cip
Krul Cip
maner taknyer for exp bila kuar dating mula2 janji g tgk wyg la konon pastu g jalan2 pastu g shoping pastu g sane la g sini la pastu merengek kalu xdpt sesuatu yg xdpt ditunaikn atau brg yg diminta...........

Chandni Gina
Chandni Gina
bkn cmua kaum hawa cm2.... ade gk yg xksh... kaum hawa sure fahm klu lelaki xleh tunaikn..yg pntg gtaw awl2....hmmm

Norsyaidatul Fairuz Fauziz
Norsyaidatul Fairuz Fauziz
bunyi mcm perli jek???..tapi kdg2 kaum hawa wat mcm tue bersebab..maybe sebab dia kurang perhatian..lelaki boleh spend byk masa untuk kawan2 tp..untuk wife or yg t'sayang kejap n berkira..so,mcm mana plak tue..sbb tue ar skrg byk kes penceraian..sbb suami lebih byk peruntukkan masa untuk kwn2 lebih dari isteri dan anak-anak

Krul Cip
Krul Cip
tak semu lelaki mcm 2 lelaki pun nk kn phtian gak la bkn kaum hawa jer so lu pikir lah sendiri

Chandni Gina
Chandni Gina
haaaa..btool gk tue........ ade yg b4 kawin cmua keh wat n sanggup..pas2 lps kawin..hampeh.....cmua dh xleh wt....xsanggup...mcm2 alasan akn diberi....

Norsyaidatul Fairuz Fauziz
Norsyaidatul Fairuz Fauziz
ok2..perempuan or lelaki kedua2nya perlukan perhatian..tggjwb tue yg penting..xboleh byk berkira..bila dah kahwin kn saling membantu..jgn semua urusan rumah tangga kat bahu isteri je..penat..lelaki kn amik kisah jugak..xluak mane pun kalu lelaki membantu apa yg dirasakan patut..yg penting kn ingat,kalau aku sayang dia,aku kn syg n cinta dia betul2..xdak yg kedua mahupun yg ketiga atau seterusnya =)

Krul Cip
Krul Cip
sebab alasan diberi bkn pasal per mybe bnde yg dimintak tu bnde yg rermeh benda yg memeningkn palo otak

Chandni Gina
Chandni Gina
hmmmmm...oke2..as conclusion LIFE MUST BE GIVE N TAKE... N UNDERSTANDING EACH OTHER.....


begitulah pendapat yg diorang utarakan..huhu

kemudian aku search kat google pasal kejadian perempuan dari rusuk kiri lelaki..dan terjumpalah satu blog yg citer pasal nie..aku sgt tertarik dgn pandangan yg beliau lontarkan dan ini adalah peringatan untuk aku,dia dan kamu...


"Perempuan dijadikan dari rusuk kiri lelaki.Simboliknya disini ialah... Allah tidak memilih tulang tengkorak atau bahu, simboliknya perempuan itu bukanlah untuk lelaki sembah atau di julang-julang.Di junjung dan diagung-agungkan. Pun begitu, Allah tidak memilih untuk diciptakan Hawa daripada tulang kaki kerana letaknya perempuan bukanlah dibawah kaki lelaki.Bukanlah jua untuk diperhambakan.Dihina dan dikasari. Tetapi Allah memilih tulang rusuk (ada yang meriwayatkan dari rusuk sebelah kiri Adam) kerana berdekatan dengan rusuk, adalah tangan.Simboliknya, perempuan itu haruslah lelaki lindungi.Paling penting sekali, kedudukan seorang perempuan adalah disisi seorang lelaki.Bukan di atas kepala atau dibawah tapak kaki. Berdekatan dengan rusuk juga ada hati.Simboliknya adalah perempuan jugalah penawar segala racun dan yang paling penting sekali, perempuan itu haruslah lelaki cintai. Kerana rusuk adalah bahagian paling sensitif.Simboliknya, perempuan itu tidak boleh lelaki kasari.Kepada semua lelaki, cuba andaikan, ada seseorang memukul rusuk anda.Pasti sakit bukan?Begitu jugalah perempuan.Seperti mana anda pukul, seperti itulah yang dia (perempuan) rasai.Sakit yang mendatangkan dendam, benci dan sebagainya.Tangan lelaki sebenarnya berbisa. Dan kerana, berdekatan dengan rusuk itu banyak organ-organ penting.Simboliknya, kalau tak ada 'rusuk' tidaklah teguh dan lengkap dalam kehidupan lelaki.Lelaki dan perempuan diciptakan berpasangan dan saling memerlukan.Jangan pernah berkata, No Woman No Cry.Hakikatnya yang sebenar, lelaki perlukan perempuan dan perempuan perlukan lelaki untuk hidup. Hakikat cinta yang sejati itu ialah apabila kita berasa dekat di hati.Biar pun kedudukan rusuk itu jauh dengan mata tetapi rusuk itu sangat hampir dengan hati.Kita merasai kewujudannya.Kita menghela dan menghembus nafas seirama. Adalah tidak adil apabila perempuan itu dikasari, dihina, diagung-agung dan dilupakan.Pun begitu, kepada kaum Hawa, harapnya tiadalah pertikaian sebegini hendaknya.Tak usahlah dipertikaikan lelaki itu..lelaki ini...perempuan itu...perempuan ini...Kita semua sama dan diciptakan atas dasar cinta dan kasih. Paling penting sekali, jangan mempertikaikan setiap kejadian Tuhan.Walau sehebat mana anda (perempuan) sekali pun, letaknya adalah disisi seorang lelaki.Bukan diatas kepala atau dibawah kaki. hurmmmm...... hebatkan ciptaan Tuhan... Hargai la insan yg bergelar perempuan. ibu n isteri seorg perempuan... jgn seksa hati n perasaan seorg perempuan."


hurm..begitulah ceritanya..

-RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIRLAH SECARA RASIONAL SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN-

p/s: untuk en krul,alhamdulillah coz kita berjaya melepasi zon kritikal,saling ingat memperingatilah ye..kdg2 kita cepat lupa dan itu adalah fitrah kejadian manusia~



No comments: