.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Thursday, August 19, 2010

Our Story ^_^

salam
hari nie aku nak cerita pasal cerita kami..

Last Saturday, aku pulang ke Sg Behrang Slim River, my aunt's house...
dah lama sebenarnya aku xbalik Sg Behrang nie...so, untuk minggu pertama puasa..aku pun baliklah kampung...
(nak balik Kedah jauh sangat and kelas plak jumaat abih kui 5.30..xpela..sabarkan hati...balik ms time cuti raya je..huhuhu...)
yang bestnya, ni adalah kali pertama aku memandu dalam jarak yang agak jauh
(tapi still ada co-driver kat sebelah yang mulut macam jeneral burung murai...hehehe)
kalau kat kedah, confirm aku xboleh nak bawak jauh2 macam nie sebabnya ibu xharap..selalu gi hantar atin balik hostel pun dengan angah.

Ceritanya,aku pun xtau kenapa kami slalu sangat ada pergaduhan sejak akhir2 nie, dia kata aku banyak songeh and aku plak kata dia dah xberapa nak peduli pasal aku...
memang sepanjang perjalanan tue pun memang xberhenti gaduh mulut and aku ambil pendekatan untuk diam jek sampai la kami sampai kat Tg Malim...
Hari Sabtu=Pasar Malam 
lama dah xg pasar malam kat Tg Malim nie..hihihi..syok2...
so,dengan sendirinya without saying sorry,kedua-dua belah pihak telah berbaik semula.... 
(itulah kami)

-Felda Sg Behrang-

Adalah lebih kurang 5minit lagi nak sampai umah,tiba-tiba handphone aku vibrate...
"korang kat mana ni??"
Si dia dah buat isyarat jangan bagitau kat mana maka aku kata, 
"kat KL lagi ar,kak wana...Aman ada keje...kitorang xsure lagi boleh balik ke tak??"
(time nie mmg tahan gelak n berlakon abihla)...
"korang nie jangan nak menipu ye,tadi kak wana dah kena luku kepala ngan mak coz kata xbalik nanti korang,dua-dua kena tarik telinga kot"....

"betul ar, kak wana,xtipu"...(bohong sunat..hihihi)..
sejurus selepas itu..kami pun ampai..and hadiah pertama yang kami dapat pastinya kena tarik telinga ngan kak wana coz menipu...hehehe...

kami sampai memang semua dah siap,tunggu nak buka puasa jek...hehe..lauk xyah nak cakap ar..macam-macam ada..satay,pecal,karipap,ayam goreng,laksa,ulam-ulaman(petai tue mmg wajib ada..tapi aku xmakan..hihihi) dan lain-lain lagi...
-macam-macam ada-
 -cantik je kak ida susun makanan-makanan nie..macam keretapi-

tapi..yang xbestnya balik kali nie,hati aku terluka dengan dia..sangat2..dia wat aku frustrated sangat2...
'1new message' from '''pakku, "puasa ke tak hari ni"...hurm..pelik...selalunya kalau ada tanda ''' tue orang-orang pekida tapi orang pekida xantaq msg yang sopan-sopan mcm nie..aku pun call balik and macam nak luruh jantung, 'SUARA PEREMPUAN' ..time nie tahan je..tapi yang bestnya aku sikit pun xrasa nak marah yang teramat atau pape..cuma menggeletar tue mmg pasti (maybe nie berkat kelebihan berpuasa)..setelah ditemu ramah dan disoal sselidik dengan perempuan tue, dia kata dia yang mintak no mamat nie,bukan mamat nie yang mulakan dulu,so,kat situ dah lega sikit..tapi hati nie still xboleh terima coz sapa suruh layan kan???

aku tunggu je dia sampai dia bangun,sebelum tue aku dah citer kat kak wana apa yang dah jadi..(that's me..aku xboleh simpan apa yang aku xmampu handle..need somebody to lend her ears)...aku kecewa sangat,selepas aku dah wat make over kat dia and makes him look different,ada plak perempuan lain yang sangkut..that's make me really mad....tapi still tahan lagi..

bila dia bangun terus aku perli2...and apa yang dia buat just senyum je..buat hati nie lagi panas jek..sabar2...aku kat umah makcik aku lagi..xboleh nak berperang lagi nie..
-sudah 6tahun dia di hati aku ♥♥♥-
then on the way balik ke KL..mmg aku serang habis-habisan....dia mengaku salah dia tapi bukan dia yang mulakan...kerani kat ofis bagi no dia kat perempuan tue..dia cakap..perempuan macam tue stok suka-suka bolehlah..nak dijadikan teman hidup..sapa pun xnak..lelaki..huish..entahlah..aku dah malas nak meletakkan kepercayaan di situ..penat...memang hari tue aku sangat2 tension..rasa diduakan walaupun hakikat sebenarnya dia kata tidak...sampai boleh berkejaran dalam hujan gak ar..hihihi...tapi rasional yang aku nampak di situ,dia kejar aku and tinggalkan kereta macam tue je kat tepi jalan tanpa berkunci (laptop ada dalam kereta time tue)..semata-mata nak kejar and cari aku balik..(mcm budak kecik kan aku nie..mmg pun ^_^)..bila aku tanya dia napa xkunci kereta,dia cakap,time tue dah xboleh fikir apa lagi dah, hilang laptop boleh beli lain tapi hilang aku,mana nak cari ganti =(

dan memang hari tue aku mengugut dia.."kalau xmau saya bagi green light dekat ibu,jgn cuba nak cari pasal lagi"...dia kata,"janganla,awak...jangan buat mcm tue" dan sekarang nie,Alhamdulillah,dia dah kembali jadi seperti dulu balik abang,teman,kekasih dan bakal teman hidup aku (InsyaAllah)

so,kesimpulan dari cerita yang panjang lebar nie,untuk semua perempuan di luar sana, janganlah terlalu menunjukkan diri tue desperate,selidik dulu latar belakang orang tue,dia dah ada teman ke belum sebelum kita nak mintak no hp dia,xpayahlah main redah jek dan kepada para lelaki pulak,tolonglah berlaku jujur dan berterus terang pada insan yang berlainan jenis dengan anda,andainya diri anda sudah ada teman.Tak rugi pun kalau setiap manusia kat muka Bumi Allah nie,berlaku jujur antara satu sama lain,maka akan aman damailah Bumi Allah ini..

-Bilakah Epilog Syurga Cinta kami???-


~CERITA KAMI PENUH DENGAN SUKA DUKA....
TAPI KAMI MASIH LAGI KEKAL SETIA WALAUPUN ADA SAHAJA UJIAN YANG DATANG UNTUK PISAHKAN KAMI~

p/s: aku sahaja cerita kisah kami agar korang semua xalami apa yang telah aku alami....apabila kita sayang seseorang maka dengan sendirinya perasaan cemburu tue akan ada,tapi cemburu biar pada tempatnya..moga Allah satukan kami jua akhirnya dalam suatu ikatan yang dinamakan perkahwinan..impian besar kami =)

No comments: