.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kareem

salam
apa khabar semua??? harap korang sihatlah ye..
masih lagi belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua ye...
Ramadhan datang lagi...hurm...bulan yang penuh keberkatan...
Bila Ramadhan datang lagi teringat peristiwa2 berpuasa di waktu kecik..(heheheehe...)
hurm..pose time kecik2..best sgt..yela..masa tue dapat upah sehari RM1,so,maknanya 30hari RM30 ar aku dapat..hehehe
jadi,time kecik2 lu mmg cukup excited bila time pose..tapi time bgn sahur punya la payah ..

sama gak mcm sekarang..tetap payah nk bangun sahur...adusss..mcm mana la kalau dah kahwin nantikan..mesti laki aku yg kn bangun masak...hehehe...uiks...harap2nya xgitula..aku masih belum mahu berkahwin ye..cita2 dan impian aku banyak lagi yang belum terlaksana..maka,kawan2 sekalian xpayahlah lagi bertanya bila aku akan kahwin..nanti dah sampai masa...aku bagi kad sorang satu...kalau xcukup aku tag je korang kat facebook...hohoho...

tapi...hari nie,aku kat bilik keseorangan, roommates aku semua balik berbuka kat rumah...sedih2...
kalaulah UIA kat sebelah rumah kan best..confirm time nie aku xsorang2...huhuhu...sedih...
papepun...moga Ramadhan kali nie memberi seribu keberkatan untuk korang semua...
semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna dari yang sebelumnya =)
dan ini,ada sisipan sikit yang aku nak share dengan korang semua..renung2kan dan selamat beramal(lebih2 lagi untuk diri ini..hihihi)
(dari halaqah.net ^_^

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."   

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

~SELAMAT BERPUASA~

p/s: pada sesiapa yang nk berdiet tue,bulan puasa nie la yang terbaik untuk korang amalkan diet korang & Alhamdulillah aku rasa badan aku ringan sikit,makan dah xbyk..hehehe

No comments: