.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Sunday, September 5, 2010

Ingin Kembali S.I.N.G.L.E!!!!

salam..
hi semua..
sekarang aku dah berada kat rumah...
home sweet home =)
best balik umah kali nie,coz umah cantik sangat dengan langsir baru,plus dapat tilam baru yang buatkan aku lagi malas nak bangun plus comforter yang sangat comel tapi spoilnya dinding xcat baru,rasa mcm nak cat bilik nie warna pink je..nampak smart sikit kan..hehehehe
dan pastinya,dapat peluk Garfield bucuk masam saya...nie yang paling best sebenarnya =)

ok,berbalik pada tajuk entri kali nie,mesti korang tertanya2 kenapa dan mengapakah sedemikian rupa???
mesti semua orang pelikkan???ari tue kata dah O.K,ni bunyi mcm dah K.O balik je..hihihi
dahlah semalam hari aku nak pulang bercuti di kedah..tup tup jadi mcm nie plak...
aku sekarang tengah confius sebenarnya..xtau nak percaya ke tak lagi dengan kata-kata dia...
kepercayaanku pada dia dah senipis kulit bawang je...huhuhu
Frust sangat...
kalau korangla kan???tiba-tiba bila kita jawab call dia panggil sayang,apa yang korang rasa???
mmg menggeletar jugakla...tapi yang aku xfaham kat sini,private number tue keep calling for many times...and at last ade lelaki plak yang cakap and bila aku call no penghantar mesej 2,pelbagai cikadak punya alasan dia bagi kat aku..huhuhu
tapi at last,aku menangis gak sebab aku geram..yela dah nak balik Kedah sangat2 mcm2 plak jadi and kebetulan time tue Kak Wana call maka terceritalah kat kak wana sambil menangis tentang apa yang jadi...Kak Ida yang dengar aku menangis dalam phone pun geram je ngan mamat nie walaupun dia ni adik diorang...
yela..kalau bertepuk sebelah tangan xkan jadikan..tapi entahlah....
selepas itu aku pun mengambil alih tugas sebagai polis soal itu ini untuk puaskan hati aku yang tengah panas membara ketika itu...
dan semalam...sepanjang perjalanan pulang ke Alor Setar,hujan air mata tak henti2 turun...aku rasa tak patut dia wat macam tue walaupun alasannya hanya sekadar SUKA-SUKA...
kalau aku yang wat macam tue,confirm teruk aku kena..XADIL kan kawan-kawan???
So,now aku nak biarkan je pintu hati aku nie terbuka untuk semua,BEST MAN WINS =)
Bukan aku nak balas dendam tapi aku nak dia tau mcm mana sakitnya hati aku bila dia wat mcm tue..
Aku cukup bertuah punya dua org adik lelaki yang sentiasa wat aku ketawa balik bila aku sedih..TQ to Angah coz dengar tangisan aku...walaupun dia dah tak tau nak wat mcm mana bila aku dah start nangis dalam phone(xmacam kakak sulung kan...hihihi..) and TQ to Faiz,coz wat jokes supaya aku senyum balik "xmau nangis-nangis dah Along,senyum2 "
TQ juga untuk Kak Wana yang selalu dengar segala luahan hati aku walaupun aku marah adik dia...aku tau diorang nak aku ngan dia bersatu coz aku adalah calon terbaik untuk adik diorang yang selalu susahkan hati aku..aku pun tak faham,nape dari kecik dia suka wat aku menangis..
UNTUK DIA YANG BERGELAR MR K:
(Dari petikan nota "30 Perkara yang perempuan xmampu bgtau lelaki")

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

6. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

7. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

8. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
 
9. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

10. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

11. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

12. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

13. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

14. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

15. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

16. Senjata wanita adalah airmata!!

17. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

18. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

19. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


~HANYA BERSERAH KEPADA KETENTUAN ALLAH~
p/s:Kami bermula pada 9/5/2004,adakah 5/9/2010 kami xmampu untuk pertahankannya???

3 comments:

.::aLiEsYa::. said...

ok..tq for the info,banyak menangis lagi byk racun yang keluar..TQ

Unknown said...

~for along~to syer experiance.....

LELAKI kebanyakannya begitu...SUKA-SUKA...tp yg x sukanya kita nie...PEREMPUAN x suka diperlakukan begitu..wlpun tu hanyalah spare part dia.
Berbicara drpd pengalaman...dulu2lah,klu kena mcm nie[tipah tertipu@main2kan kita]...1,2, n ke3 kalinya...i said.."jgn spi hati nie dh kering" klu dh kering jwbnya....kena tinggallah.ex-pakwez2 k.ida dulu mmg kena tinggallah...last2..terhegeh2 nk kita balik...pastu call 1 hari lebih 50x...percaya x?...tulah hakikatnya.
bercerita psl ex-tunang plk.....klu org yg kita dh sayang...kelibat dia beberapa kilometer pun kita perasan...dan kecurangan,ketidakikhlasan dia pun kita tau...dan klu kasihsayang kita pd dia pun kena bersyarat, walhal kasihsayang kita pdnya tanpa syarat...ini sudah lebihkan...
endingnya SAYONARA. wlu hati pedih terhiris..namun apakandaya, suratan ketentuan ILLAHI dh begitu....DAN satu ayat sumpahan yg terkeluar dr mulut nie...."dia x kan bahagia sampai bila2"...tp mmg masa dia nk kawin dulu..k.ida termimpi..dia pki songket kuning...tp tgnnya ada kain anduh[mcm tgn patah]...puas hati tol until now dia x punya zuriat....MUNGKIN ini kebetulan.hanya ALLAH saja yg maha mengetahui.

pilihan ditgn along..if teruskan...mmg akan berlaku pertengkaran...n last terpaksa kena telan je apa yg berlaku...if stop now...pun ada keperitan yg menunggu...mungkin selama2nya kepedihan itu akan ada dlm hati..n bila jpa org lain sbg pengganti...mesti kita nk yg sama mcm dulu[caring n loving]..tp x mungkin samakan...
Renung2kan n btlah pilihan yg tepat....WALLAHUAKLAM NIS SAWAB.

.::aLiEsYa::. said...

tq kak ida for sharing the experiences with along..
along sgt2 sayang kat adik kak ida tue...dah xboleh nak buang sayang tue walaupun di mulut kata benci...
6thn kak ida,bukan tempoh yang singkat,segala kesusahan kesenangan kami kongsi bersama..suka duka dia,suka duka along kami sentiasa ada...tapi sekarang dia dah xjadi good listener untuk along,dia dah jadi good listener untuk Mr Raja Amin...
masa dia dah xbanyak dengan along...
dia insan yang selalu buat along ketawa dulu,treat me like a princess but now,I'm not his chibi maruko dah..He's still with me..but he's not the previous MOHAMAD KHAIRUZ ZAMAN SAFAR.yang pasal perempuan tue along boleh terima selepas kak wana gtau kak ida kata,kalau dia betul2 ngan budak tue dia xkan dekat dengan along xkan bercerita itu ini dengan along...tapi hati along sangat terluka kak ida...along xpernah menduakan even for just being a friens untuk SUKA-SUKA along xpernah buat..but now,Along serahkan semua kepada ALLAH..kalau kami ada jodoh adalah dan now Along nak buka balik pintu hati along bukan untuk dia je..along nak pilih yang terbaik..mmg nampak zalim pda diri dia tapi Along terpaksa buat untuk kebahagiaan along jugak