.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Monday, November 15, 2010

~kenapa Mesti mengaibkan~

salam..
hye semua..
kaifa hal???
hope semuanya oklah ye..

semalam-semalam...masa tengah berbual ngan Mr K kat phone...
tetiba je kitorang bercakap pasal gosip..
pelik gak aku...
setahu aku...mamat nie tak bape berkenan dgan hal2 gosip nie...
bak kata dia.."tak payahlah busy body pasal orang"

hahaha tapi bila tetiba dia cakap pasal gosip...terkejut jugak..
rupa-rupanya lelaki pun minat gak ye tentang gosip2 nie..
barulah best mcm nie..
(thumbs up Mr K sbb tak hanya baca berita-berita yang serius je...)

apela aku nie..suka sangat nak usik dia
(kalau tak usik dia,nak usik sape lagi kan???)
ok...berbalik pada cerita gosip tadi....

Mr K: awak,betul ke nabil dah break ngan awek dia??
Aku: *sebenarnya aku tak bape dengar pertanyaan dia "ha..ape?? F***** dah putus ngan awek dia???
(sebenarnya mamat yg disebutkan tue pernah dikaitkan ngan aku masa time sekolah dulu...hihihi)
Mr K : Orang kata Nabil Raja Lawak tue la...nie mamat plak nie
Aku: Takde sape2lah..a'a..nabil dah break ngan irma sebab nabil curang..tak bape cerdik ar lelaki nie kan,irma yang dah lawa tue pun dok gatai cari lain lagi..isk2
(dalam hati,sangat lega sebab dia dah lupa pasal mamat nie..if tak mati gak aku kena soal siasat...hihihi)
Mr K: dia mula dah...
Aku: awak,kalau kita tulis blog,orang mmg baca cerita kita kan..nanti orang taulah kan???
Mr K: lagi mau tanya ke cik,memanglah..orang yang tak tau pun jadi tau...huhuhu...citer pasal uncleseekers dengan mantan permaisuri Agong tue awak dah baca ke???tue satu contoh,dari orang tak tau..dah jadi tau..mengaibkan tau x,sayang??
Aku: hohoho....yeke..saya tak baca lagi pun..hehehe..tapi saya dah tak letak nama sebenarkan..hihihi

Now,kita go through tajuk entri nie..sebenarnya pasal kisah "Cinta Syhhh",part 1,part 2,part 3,part 4,part 5..(korang klik je kat link-link nie untuk tahu cerita selanjutnya)
bila aku baca pasal entri nie seawal jam 4pagi,aku rasa sangat terkejut dan tak sangka dan aku masih lagi tertanya-tanya benarkah???

She is somebody yang kita semua kenal dan aku admire suatu masa dahulu because she was the first Permaisuri that wore tudung walaupun tak menutup aurat dengan sepatutnya..tapi bila cerita nie keluar,it keeps me wonder..benarkah???

tapi kat sini aku sangat terkilan apabila si penulis blog mendedahkan sampai begitu..tak patutlah,walau macam mana pun yang terjadi tak payahlah paparkan gambar yang tak bertudung tue,dah menjatuhkan aib diri orang tersebut...tak perlulah diceritakan pemilihan hal-hal benda dalam..memang sangat mengaibkan...kalau si penulis blog tue marah sekalipun,janganlah sampai macam tue..janganlah ditelanjangkan semuanya...
jika benar cerita ini,maka seluruh dunia pasti akan tahu,tapi jika cerita ini dusta,maka fitnahlah jadinya..



Allah ada nyatakan dalam surah Al-Hujurat (Ayat 11 dan 12)


Ayat 11: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Ayat 12: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12


Aku mengharapkan,moga-moga ada insan yang arif dalam hal nie,melakukan sesuatu,semoga Tuanku Permaisuri akan sedar dan pulih dari lena yang panjang itu..
Sesungguhnya,perkara-perkara ghaib ini juga RAHSIA ALLAH

Thanx Mr K sebab menyedarkan dan sentiasa memberikan sokongan =)

~FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH~
(fikir-fikirkanlah)

No comments: