.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Friday, June 11, 2010

Hujan Dihujung Awan.

karya Pencak fadzil

-ingin aku kongsikan bersama semua..menyentuh hati..dalam maknanya....



Marilah kita tinggalkan
segala sunyi di liku duka kita tinggalkan
jangan lagi ditanya mengapa
kerana tidak akan ada bahagia
kecuali kita ciptakan bersama.

Sebelum merah mega membakar dada
merah daging merah darah kita terpisah
marilah kita rentasi perjuangan ini
meski jauh kembara jauh
di lembah , di gunung , di kuala , di rumput hijau
kita dendangi lagu ini
lagu kemanusiaan.

Hujan di hujung awan
adalah titis embunmu
yang menari-nari dihujung daun
kemilau sinarnya memancarkan
perjuangan
tuntutan kita belum selesai .

Hujan di hujung awan
adalah redup hari ini
sejuknya menggigit-gigit
kulit kelabu nelayanmu
yang gigih semangatnya .

Hujan di hujung awan
adalah hijau bumimu
yang bukan lagi suatu yang baru
bagi petani-petani setia
yang telah lama menagih bahagia .

Hujan di hujung awan
adalah kabus di pagi dinginmu
yang bersemadi bersama peluh
yang membina bangunan cantik
tapi sayang bukan miliknya .

Hujan dihujung awan
adalah air mata panas kita
yang bernama warga dukalara
yang telah banyak mencipta kebahagiaan
tapi diri sendiri tidak bahagia .

No comments: