.::TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA::.

THANX FOR VISITING AND FOLLOWING.JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DI EXCHANGE LINK ^_^
L.O.V.E. AWARD PADA YANG SUDI MENJADI FOLLOWER DI PAGE AWARD.SALAM KASIH SAYANG =)

Monday, November 8, 2010

Isu Kahwin Awal

salam...
hye semua....
bila dah abh exam nie..bolehlah update blog slalu ye..

ok..arini aku nak cakap pasal isu kahwin awal...
yang membuatkan aku tetiba nak bercakap pasal hal nie bila terbaca satu notes pasal benda nie kat FB,
"Jangan Takut Kahwin Awal!"
Memang kat lam note nie nampak mudah je kalau kita memudahkan..tapi tak semua orang boleh dapat peluang mcm nie..

Bagi aku,kahwin awal bererti aku kena serba serbi kuat dari segi emosi mahupun spiritual..untuk menjadi seorang isteri bukan perkara yang mudah...untuk jadi seorang ibu yg boleh mendidik anak-anak menjadi cemerlang sangatlah susah...

dalam hal nie,aku mmg tak mampu..sangat2 tak mampu...Walaupun aku tgk rakanku yg masih lagi belajar mampu lakukan,tapi aku tak...

kalau aku nak mintak kahwin awal ngan ibu,confirm tak dapat...if tak..mane-mane yg dah risik aku sebelum nie,mesti ibu dah terima tanpa beri alasan aku masih lagi belajar...

mentaliti parents tue yg kita susah nak ubah..inginkan yg punya harta menggunung...inginkan yg lengkap serba serbi..majlis yg besar2...tapi entahlah..semua nie sukar nak ubah...

Atin : "Along,aku nak gtau nie...semalam ank makcik S bertunang,minggu depan anak makcik K plak...minggu satu lagi anak makcik B plak..kesimpulannya sekarang,hang bila lagi??"

Aku : "Lor,aku ingatkan apala yg ang nak kata tadi...hehehe..aku nak kumpul harta banyak2 lu baru aku kawen...hihihihi"

Atin : "Huh,kalau macam tue berjanggutla aku tunggu hang kahwin,long..angah kata dua tahun dari sekarang dia nak kahwin..hang ok ka long kalau angah langkah bendul???"

Aku : "Apa masalahnya kalau dia nak kahwin lu,kahwin jela..aku tak kisah pun..aku nie kena berjuang untuk aku dapat apa yg aku nak tau tak???ingat senang ka???...pape pun biarlah...ade rezeki aku,aku kahwinlah..hehehe"

Atin : "Cakap ngan hang nie long bukan pernah serius..kumpul la harta tue bg banyak2 ye...nanti boleh aku tumpang sekali..hihihihi"

Itulah citer aku dan adik kesayangku itu...umur baru 15thn tapi dah pandai tanya bab2 kahwin nie..aku lue time2 nie..nak sebut pasal kahwin pun tak berani...

Aku mmgla nak kahwin awal...tapi bukanlah dalam tempoh terdekat nie(ceq tak sedia lagi kot...kursus kahwin pun tak gi lagi walaupun kat UIA nie dah berpuluh2 kali kursus kahwin dianjurkan..hehehe) 
tapi sape yg tak mau kahwin kan??...boleh bina institusi keluarga sendiri...
tapi entahlah...aku ada bercakap dengan dia tentang hal nie..sebenarnya aku dan dia dah pasrah sebenarnya...andai sampai tahun depan,ibu masih tak terima cinta kami,aku serahkan semuanya pada ketentuan Ilahi..dan dia redha andainya aku tak mampu jadi milik dia dan dia tak mampu untuk jadi teman hidupku...tapi dia tetap akan jadi kawanku untuk selama-lamanya..huhuhu...dah sedih dah nie...sob2

Apa-apa pun...JODOH ITU RAHSIA ALLAH...
"Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta.Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya.Tetapi,benarkah,dialah pilihan hati?" -MANJLARA

-Hehehe..nie buat semua yang nak cepat2 dapat jodoh ye...boleh kahwin awal..wink2-

~ "Ya Allah, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. 
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
 Ya Rabbana, jika aku jatuh kasih, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-Mu...Amin." ~

3 comments:

Angah said...

"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia bukan milikmu..♥"

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..."

‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..." ♥

Angah said...

to Atin n along: bla msa plak aku kata,aku nk kawin lg dua taun...taun dpan lar..hahahahaha(gelak jahat)
Bnyak lar hmpa dua..dok wat gosip psal aku plak..
aku saman hampa dua bru tw..aku umor 30taun bru kwin..tu pn klu ada mna2 awek yg nk kt aku.. spa lar aku nie..harta pn xdak,dh ar xnsem tp macho 2 ada..hehehe,kja pn dak...nsib2(wt ayat sdih moga2 ada awek2 yg bca trbuka pntu hati mreka nk kt aku...hahahahaha)

.::aLiEsYa::. said...

angah...sedap kata-kata tue..baca dari novel ka????hehehe...tapi aku tau..ang jiwang karat selalu...uiks..bukan 2 atin yg gtau aku..tapi seingat aku,ang pun ade gtau nak kawin awal kan...hahahaha...gedik2 dah takdak ke...ala...susah2 sgt wat kenduri tiga org sekaligus..aku,ang ngan faiz...lagi jimat...xpayahlah nak wat 2 3 kali kenduri...gempak lagi gitu..wat kat dewan trus..takpun..wat kat taman permainan taman sri belimbing ja...hahahaha...sempoi tak idea aku???